PUTRAJAYA 21 Mei – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan April Tahun 2025 (DPT BLN4/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 19 Jun depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak. DPT BLN4/2025 yang diperaku dan diwartakan hari ini mengandungi 32,566 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu. Selain itu Ikmalrudin berkata, ia turut mengandungi 13,058 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,016 orang pemilih bertukar kategori…
Read MoreMonth: May 2025
Kabinet baharu Singapura 15 menteri
SINGAPURA 21 Mei – Perdana Menteri, Lawrence Wong, mengumumkan Kabinet baharu, mengandungi 15 menteri dua pemangku menteri di Pejabat Perdana Menteri dan 16 kementerian yang disifatkannya pasukan ‘paling kuat’ untuk memimpin Singapura. Katanya, Kabinet pertama beliau selepas memenangi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) itu menggabungkan tokoh berpengalaman serta menteri baharu yang lebih muda bagi menghadapi cabaran dunia dan ekonomi yang tidak menentu. Beliau mengekalkan Gan Kim Yong sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan di samping menyelaras usaha memperkukuh ekonomi negara sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Daya Tahan Ekonomi…
Read MoreRafizi dedah senarai pilihan Hiruk
SEPANG 21 Mei – Selepas berakhirnya Jelajah Hiruk malam tadi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan senarai calon yang disokong oleh kempennya bagi menghadapi pemilihan parti pada 23 Mei ini. Rafizi yang akan mempertahankan jawatannya mengetuai senarai ‘cai’ itu sebagai Timbalan Presiden diikuti empat slot Naib Presiden, pilihan Hiruk. Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Rafizi menamakan empat daripada 12 calon Naib Presiden pilihan Hiruk. Mereka ialah penyandang jawatan iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad;…
Read MoreAndalusia sasar 30,000 daftar awal Muharam
SEPANG 21 Mei – Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. (Andalusia) menyasarkan 30,000 jemaah umrah akan mendaftar dengan syarikat pengendali haji dan umrah itu menjelang 1 Muharam 1447 akan datang. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, setakat ini sebanyak 22,000 jemaah sudah mendaftar dengan Andalusia dengan sasaran setahun masih kekal 80,000 jemaah. Katanya, penerbangan pertama umrah selepas musim haji dijadualkan berlepas pada 12 Jun depan, selepas berakhirnya musim haji. Dalam pada itu, beliau mengesyorkan jemaah umrah mengambil peluang untuk menunaikan ibadah itu pada bulan Julai, Ogos, September…
Read MorePTPTN: Amalan pilitik populis tanpa formula
SEPANG 21 Mei – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim tidak wajar untuk terus berdalih mengenai kegagalan melaksanakan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ketua Wirawati Putra, Nurhafizah Jamalludin berkata, Ketua Angkatan Muda Keadilan itu juga gagal memperkenalkan alternatif yang lebih adil, bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan muda. “Ramai graduan yang termakan dengan janji-janji Adam Adli menghadapi kesukaran untuk memulakan hidup, membeli rumah, atau menyimpan wang kerana perlu membayar pinjaman PTPTN. Malah, ada yang disenaraihitamkan dalam sistem kewangan seperti CCRIS dan CTOS,…
Read MoreHapus kuasa Presiden, elak oportunis kejar jawatan
JOHOR BAHRU 21 Mei – Anwar Ibrahim diminta memansuhkan sepenuhnya kuasa Presiden PKR yang membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti bagi mengelakkan PKR dibanjiri oportunis yang mahu mendapat laba dan ganjaran politik terutama jawatan. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang membuat desakan itu berkata, tidak ada mana-mana individu termasuk daripada parti lain boleh diberikan pelepasan oleh Presiden parti jika keanggotaan PKR individu itu tidak mencapai sekurang-kurangnya lima tahun. “Bunyinya agak kasar tetapi saya mahu suarakan hal yang cukup membimbangkan ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana…
Read MoreRafizi yakin menang tetapi tewas akibat sistem
JOHOR BAHRU 21 Mei – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengakhiri Jelajah Hiruk di sini malam tadi dengan keyakinan mampu mempertahankan jawatan tersebut tetapi akan tewas disebabkan sistem pemilihan. Beliau yang dicabar Nurul Izzah Anwar pada pemilihan 23 Mei ini menjangkakan dirinya kalah kerana dakwanya semua sudah ‘diatur’ bagi pemilihan tersebut. Sambil berseloroh, beliau mungkin terkejut hingga ‘sakit jantung’ sekiranya berjaya mendakwa berdasarkan kempennya yang berjalan baik, menerima sambutan, komen netizen dan anggota parti yang semuanya 80 ke 90 peratus menyokong. “Tetapi tengoklah jika saya menang, ‘jem’…
Read MoreBerita pilihan…
UK gantung rundingan FTA dengan israel
LONDON – United Kingdom mengumumkan penggantungan rasmi rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Israel, susulan serangan Israel ke atas Gaza dan Tebing Barat yang diduduki. Setiausaha Luar, David Lammy menggambarkan kempen ketenteraan Israel yang berterusan sebagai “berbahaya, menjijikkan dan kejam.” dan menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza sebagai “keji” . Bercakap di Dewan Rakyat, beliau memberi amaran bahawa dasar Israel untuk hanya membenarkan “jumlah makanan minimum bagi mengelak kebuluran” ke Gaza adalah satu strategi kelaparan yang disengajakan. “Perdana Menteri Netanyahu menyatakan mereka akan mengawal Semenanjung Gaza dan hanya membenarkan jumlah makanan…
Read MoreTempoh sekadar buat kenyataan sudah berlalu
BRUSSELS – “Masa untuk sekadar membuat kenyataan telah berakhir,” demikian penegasan Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares yang menggesa Kesatuan Eropah (EU) mengambil tindakan konkrit terhadap Israel berhubung krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Semenanjung Gaza. Menurut laporan akhbar Sepanyol El Pais, Albares menyifatkan keadaan itu sebagai “tidak tertanggung, tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diteruskan,” Bercakap kepada wartawan sebelum mesyuarat menteri luar EU, Albares berkata, blok itu mesti menggunakan “semua instrumen yang ada” bagi memberikan tekanan diplomatik maksimum ke atas Israel. “EU mesti melakukan segala yang mungkin untuk menamatkan perang…
Read More