Month: May 2025
JPP sangkal dakwaan Rafizi
KUALA LUMPUR 20 Mei – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan Timbalan Presiden Rafizi Ramli bahawa pelantikan vendor untuk mengendalikan sistem pemilihan parti itu tidak dibincangkan. Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, menjelaskan perkara itu serta isu pelantikan auditor bagi pemilihan PKR sebaliknya sudah dibangkitkan pada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum ini. Perbincangan itu, turut membabitkan Rafizi, dan Ahli Parlimen Pandan itu hanya mempertikaikan pelantikan auditor bagi pemilihan parti yang dijadual diadakan pada Kongres PKR di Johor Bharu, minggu ini. Menteri di Jabatan…
Read MoreRampas, sita iklan vape
SHAH ALAM 20 Mei – Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarah mengambil tindakan segera merampas dan menyita sebarang iklan berkaitan rokok elektronik (vape) di medium pengiklanan sama ada fizikal, papan iklan digital atau LED. Tindakan itu selaras dengan peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852), yang secara jelas melarang sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan penajaan berkaitan produk merokok elektronik. Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung cadangan mempertimbangkan pengharaman penjualan rokok elektronik di…
Read MorePutra gesa KPKT dedah butiran lengkap kiosk
KUALA LUMPUR 20 Mei – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menuntut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan butiran lengkap spesifikasi kiosk termasuk kos pembinaan, pemasangan dan lokasi ia ditempatkan. Ketua Wanita Putra Nurhafizah Jamalludin berkata, kos pembinaan satu unit MyKiosk yang mencecah RM25,000, adalah suatu jumlah yang tidak munasabah dan mencurigakan dalam suasana ekonomi yang semakin menekan rakyat marhaen. Katanya, Putra tidak menolak inisiatif membantu peniaga kecil, tetapi persoalan yang timbul susulan projek MyKiosk itu tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. “Kami ingin bertanya secara terbuka apakah justifikasi ekonomi…
Read MoreGuan Eng persoal bonus 6 bulan PDC
TANJONG 20 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Air Putih, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) memberikan bonus sehingga enam bulan gaji kepada kakitangannya awal tahun ini. Bekas Ketua Menteri itu berkata, keuntungan yang diperoleh seharusnya digunakan untuk pembangunan negeri. Katanya, bonus keseluruhan RM6.7 juta itu mungkin dianggap munasabah sekiranya tidak menjadi bahan bualan dalam kalangan penjawat awam negeri lain dan timbul persoalan sama ada badan kerajaan negeri yang lain yang turut mencatat keuntungan tinggi akan menerima bonus pada kadar serupa. “Mengikut angka yang…
Read MoreKor Min jemput Azam Baki minum teh
PPUTRAJAYA 20 Mei – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ketelusan harga MyKiosk. Pada masa yang sama, Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya juga akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengheret pihak yang menabur fitnah. “Saya hendak jemput Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) datang ke pejabat untuk minum teh. Saya juga telah arahkan pegawai KPKT untuk cari TikToker dan mereka yang sebar berita palsu,” katanya. Justeru beliau mengingatkan…
Read MoreBerita pilihan..
Keizinan tidak atasi keperluan mendesak
GAZA – Selepas 11 minggu sekatan penuh, Israel akhirnya membenarkan sejumlah kecil bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tidak mencukupi untuk menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Menurut laporan, pada Isnin lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom. Ketua kemanusiaan PBB, Tom Fletcher, menegaskan, jumlah bantuan yang dibenarkan masuk hanyalah “setitis dalam lautan” berbanding keperluan mendesak lebih 2.1 juta penduduk yang terjejas akibat perang. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan bahawa keputusan untuk…
Read MoreSekat penyertaan Israel
GENEVA – Sepanyol menggesa supaya Israel dilarang daripada menyertai Eurovision dan pertandingan antarabangsa lain, sama seperti tindakan terhadap Rusia berikutan perang di Ukraine. Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata, langkah itu sebagai menunjukkan keperluan konsistensi dalam mempertahankan hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa. “Komitmen Sepanyol terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia mesti berterusan dan konsisten di Eropah,” kata Pedro Sanchez semasa pembentangan laporan mengenai sektor budaya dan kreatif Sepanyol. Merujuk kepada bagaimana Rusia segera dihalang daripada platform global seperti pertandingan sukan dan muzik, Sanchez mencadangkan standard yang sama harus diguna…
Read More