Rafizi dedah senarai pilihan Hiruk

SEPANG 21 Mei  – Selepas berakhirnya Jelajah Hiruk malam tadi, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan senarai calon yang disokong oleh kempennya bagi menghadapi pemilihan parti pada 23 Mei ini.

Rafizi yang akan mempertahankan jawatannya mengetuai senarai ‘cai’ itu sebagai Timbalan Presiden diikuti empat slot Naib Presiden, pilihan Hiruk.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Rafizi menamakan empat daripada 12 calon Naib Presiden pilihan Hiruk.

Mereka ialah penyandang jawatan iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun.

Turut disenaraikan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, G Manivanan.

Untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula, Menteri Ekonomi itu menyenaraikan 25 nama yang menggabungkan mereka dalam kalangan wakil rakyat, pemimpin muda termasuk penyandang jawatan berkenaan.

Antaranya ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing; Ahli Parlimen Subang; Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan; Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimin.

Turut disenarai sebagai pilihan membarisi MPP adalah Fahmi Zainol; M Anbarasan; Raiyan Abdul Rahim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat; Saiful Izham Ramli; Datuk Romli Ishak; Khairul Anuar @ Jonah dan Ahli Dewan Negara; Bob Manolan Mohamad; Mohd Fauzi Abdullah, V Anmuniandy, Najib Bakar, Kenny Chiew Chi Kin, Abe Yo Gua Musang, Yew Boon Lye dan Datuk Dr Mohd Johari.

Bagi melengkapkan barisan kepemimpinan MPP, ia akan dianggotai 25 orang yang mana 20 daripadanya dipilih, manakala lima lagi secara lantikan.

Bagi sayap pergerakan Ketua Wanita, Rafizi menamakan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail merangkap Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR sebagai pilihan.

Rodziah bakal mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selaku penyandang dalam saingan satu lawan satu untuk jawatan itu.

Sayap pergerakan AMK pula menyaksikan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Arshad Hassni menjadi pilihan Rafizi sebagai timbalan ketua.

Rafizi berkata beberapa minggu ini, beliau menerima pelbagai pandangan dan mesej daripada akar umbi yang mahukan barisan kepemimpinan yang teguh membawa semangar reformasi, setia dan bukan sekadar mengejar kedudukan.

“Cabaran kita hari ini adalah memilih pimpinan yang mampu kekal berpegang kepada idealisme reformasi, walaupun diuji dengan kuasa.

“Kita berdepan persaingan daripada pelbagai kumpulan tetapi masa depan parti hanya boleh dibina oleh mereka yang sudah teruji dan kekal setia pada prinsip.

“HIRUK – Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa bukan sekadar slogan. Ia adalah seruan untuk mengembalikan roh perjuangan KEADILAN, agar kita terus berpijak di atas kekuatan sendiri. Saya pulangkan pilihan kepada perwakilan dari seluruh negara.

Saya pulangkan pilihan kepada perwakilan dari seluruh negara. Sebagai perwakilan cabang masing-masing, saudara dan saudari membawa suara akar umbi. Tanggungjawab ini besar untuk memastikan parti kekal di landasan reformasi dan tidak tersasar daripada perjuangan asal,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment