Rafizi yakin menang tetapi tewas akibat sistem

JOHOR BAHRU 21 Mei – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengakhiri Jelajah Hiruk di sini malam tadi dengan keyakinan mampu mempertahankan jawatan tersebut tetapi akan tewas disebabkan sistem pemilihan.

Beliau yang dicabar Nurul Izzah Anwar pada pemilihan 23 Mei ini menjangkakan dirinya kalah kerana dakwanya semua sudah ‘diatur’ bagi pemilihan tersebut.

Sambil berseloroh, beliau mungkin terkejut hingga ‘sakit jantung’ sekiranya berjaya mendakwa berdasarkan kempennya yang berjalan baik,  menerima sambutan, komen netizen dan anggota parti yang semuanya 80 ke 90 peratus menyokong.

“Tetapi tengoklah jika saya menang, ‘jem’ saya. Sebab saya tahu, saya tidak akan menang, saya bukanlah bodoh. Saya bukan budak baru, saya dalam politik ini dari tahun 1999. Banyak pemilihan parti sudah saya lalui.

“Kalau tiba-tiba saya menang, silap-silap lemah jantung saya. Sebab kalau saya tahu begini caranya sudah disusun dan sebagainya, isyaratnya jelas saya akan kalah. Saya tidak ada masalah,” katanya pada program itu.

Rafizi menjelaskan kekalahan bukan berpunca daripada kurangnya sokongan, sebaliknya disebabkan sistem pemilihan yang didakwanya bermasalah walaupun

mendapat sokongan di peringkat cabang sekalipun banyak ‘kepala dipenggal’

“Itu sebab dari awal saya beritahu, korang (penyokong yang datang ceramah beliau) kena penggal kepala, sanggup atau tidak,” kata Menteri Ekonomi itu.

Rafizi juga berkata, jawapan berhubung isu pemilihan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak menjawab persoalan yang ditimbulkannya sebelum ini.

Hadir sama, Naib Presiden PKR,  Aminuddin Harun dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mempertahankan jawatan, Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru dan calon Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menyuarakan rasa hairan dan kecewa apabila kelantangannya mengkritik dan mendedahkan kelemahan kini dipandang serong, sedangkan sikap sama sebelum ini pernah dipuji ketika berada di pihak pembangkang.

“Jangan lupa, kata saya ‘mulut longkang’. Masa saya jadi pembangkang, dengan mulut longkang inilah kita mendedahkan skandal demi skandal. Bagus pula kau orang rasa sebab mulut longkang serang kerajaan dan dedahkan skandal, anggota PKR dan PH sangat suka,” katanya.

Namun, apabila beliau kini membincangkan kelemahan dalam kalangan sendiri demi penambahbaikan, ada pihak pula yang menyuruhnya mengawal mulut dan tidak bersuara.

Dalam pada itu, pemilihan kalil ini isu sebenarnya adalah pertembungan reformis asal yang datang dalam parti masa 1998, 2002 atau 2008 dengan satu lagi kumpulan dalam parti.

“Tak kiralah bila kita masuk parti ini tapi jiwa kita jiwa reformis yang tidak setuju dengan cerita berebut pangkat, main duit, kemewahan dan sebagainya.

“Ini satu kumpulan lagi yang menangguh di air keruh, orang lain susah payah bila menang ramai pula (sertai parti),” katanya.

Rafizi mendakwa, pihaknya menyangkakan kumpulan yang mengambil kesempatan itu akan lenyap selepas Langkah Sheraton dan pemilihan PKR pada 2022 namun seballiknya berlaku.

“Ingatkan kumpulan ini dah kecil dan dah tak ada tapi rupanya dia jadi makin besar, daripada saki baki yang ada ditambah puak baru dan kumpulan lain, tambah pula geng-geng pengampu yang ada jawatan, jadi kumpulan ini jadi lebih besar, cuba nak berdamai dengan kita.

“Saya simpati dengan Nurul Izzah (Anwar) kerana ada orang dan kumpulan yang guna dan tunggang dia ke arah itu, saya cakap terus terang,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment