SEPANG 23 Mei – Rafizi Ramli menafikan dakwaan Nurul Izzah Anwar bahawa beliau berkemas untuk mengosongkan pejabat, mendraf surat meletak jawatan, dan menyatakan tidak bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR. Menteri Ekonomi yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu berkata, alasan yang diberikan Nurul Izzah masuk bertanding untuk menyelamatkan parti akibat kekosongan jawatan adalah tidak benar. “Saya telah umumkan terlebih dahulu saya akan mempertahankan jawatan seperti yang diminta oleh Presiden sendiri. Saya juga tidak berkemas untuk mengosongkan pejabat. Pejabat saya masih kekal bersepah dengan fail-fail hingga ke hari ini.…
Read MoreMonth: May 2025
Anwar ambil kira yang terbaik
JOHOR BAHRU 23 Mei – “HIRUK dan DAMAI. Kalau setengah ada ‘cai’ sana, setengah ada ‘cai’ sini, saya tak. Saya harap dalam buat keputusan, dua-dua itu diambil kira, yang dirasakan yang terbaik,” kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Beliau berkata, demikian ketika ditanya mengenai pilihan kempen sama ada Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) atau Dari Akar, Membina Aspirasi Inklusif (DAMAI). Anwar yang juga Perdana Menteri berkata beliau memilih kedua-duanya. Kempen HIRUK diketuai penyandang jawatan Timbalan Presiden Rafizi Ramli manakala DAMAI pula diterajui Nurul Izzah Anwar yang mencabar kedudukan…
Read MorePerhimpunan Melayu Berdaulat 24 Mei
KUALA LUMPUR 23 Mei – Penganjur Perhimpunan Melayu Berdaulat setakat ini tetap akan meneruskan acara itu tanpa perubahan tarikh, masa dan lokasi iaitu di dataran Sogo pada 24 Mei ininmulai pukul 2 petang. Menurut wakil penganjur, Syed Hassan Syed Ali, pemakluman polis telah diberi tetapi tiada apa-apa maklum balas diterima. “Maka penganjur menganggap tiada halangan dan jalan-jalan yang dikatakan tutup tidak membabitkan kawasan tersebut sewaktu perhimpunan, jadi kita teruskan, dan berharap masyarakat orang Melayu untuk hadir beramai-ramai,” katanya. Syed Hassan juga menasihatkan orang ramai yang akan hadir untuk menggunakan pengangkutan…
Read MoreBerita pilihan…
WHO rayu belas ihsan Israel
GENEVA – Dalam ucapan penuh emosi, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, merayu Israel menunjukkan belas kasihan dalam konflik di Gaza. Dengan nada sebak dan menahan air mata, beliaumenegaskan bahawa keamanan adalah demi kepentingan Israel sendiri, yang kini dikecam semakin banyak negara kerana kekejaman yang berlaku di Gaza. Berucap pada Perhimpunan Tahunan WHO, Dr Tedros berkata perang itu sedang ‘melukakan’ Israel dan tidak akan membawa penyelesaian berkekalan. “Saya dapat rasakan apa yang dirasai rakyat Gaza ketika ini. Saya boleh menghidu, membayangkannya, malah mendengar bunyinya. Anda boleh…
Read MoreTiada penduduk terima bantuan
GENEVA – Tiada seorang pun penduduk awam di Gaza menerima bantuan kemanusiaan yang dihantar ke wilayah itu minggu ini, demikian dakwa Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin Younis Al Khatib. Juster beliau memberi amaran bahawa penghantaran yang sangat terhad boleh mencetuskan kekacauan dan keganasan. “Saya boleh buktikan bahawa tiada siapa yang menerima bantuan. Tiada penduduk awam menerima apa-apa setakat ini. Kebanyakan trak bantuan masih berada di Kerem Shalom di sempadan – sudah diperiksa, tetapi belum masuk ke Gaza,” katanya pada sidang media semalam. Al Khatib menggambarkan keadaan di lapangan sebagai…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 23.05.2025
Andalusia tempah 70,000 tiket Saudia RM248.5 j
KUALA LUMPUR 22 Mei – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd. (Andalusia Travel) bersedia menawarkan 70,000 tiket penerbangan Saudi Airlines (Saudia) kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah bagi musim 1447H. Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris, berkata, tawaran itu adalah susulan kontrak pembelian tiket atau tempat duduk penerbangan Saudia yang bernilai RM248.5 juta. “Andalusia memilih Saudia sebagai rakan strategik kerana pelbagai kelebihan yang ditawarkan kepada jemaah” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Andalusia dan Saudia di sini hari ini.. Pada majlis…
Read MoreMenang, kalah tetap bersama bina kekuatan Keadilan
SEPANG 22 Mei – Demi memperkukuh parti, Nurul Izzah Anwar sedia bekerjasama dengan Rafizi Ramli sekiranya diberi amanah sebagai Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Menteri Ekonomi itu. Menurut Nurul Izzah, jika sebaliknya mandat itu kekal kepada Rafizi, beliau akan tetap bersama sebagai anggota biasa mendukung usaha membina Keadilan yang lebih kuat dan bersatu. “Apapun yang berlaku pada 23 Mei ini – pertalian sahabat antara kita kekal sampai bila-bila, beserta kenangan saat-saat manis terpaksa bermasam muka secara bersama dalam menghadapi Tun Mahathir Mohamad yang mahukan semua kerusi selamat,” katanya…
Read More