Kerjasama PH, BN, GRS demi kestabilan

TAWAU 11 Mei –   Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang amat penting bagi menjamin kestabilan politik peringkat nasional dan Sabah. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, kerjasama itu masih di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan lagi. “Kenyataan berhubung kesepakatan PH, BN Sabah sebelum ini hanya di peringkat antara kedua-dua parti itu dan belum melibatkan GRS. “Kita (ingin) bekerjasama dengan tentunya UMNO-BN dan GRS sebab itu saya datang (ke Tawau) juga dan mengadakan beberapa…

Read More

Serah agihan kerusi kepada pemimpin

KUALA LUMPUR 11 Mei – Pemuda, sayap parti UMNO dinasihatkan supaya menyerahkan soal pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada pucuk pimpinan. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya melihat soal dibangkitkan oleh sayap parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk UMNo sendiri, Amanah amat pramatang untuk dipolemikkan. “Saya nasihatkanlah supaya sayap mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan, soal yang mereka bangkitkan itu biar ditentukan pucuk pimpnan parti masing-masing. Jangan melayani emosi dan juga analisis perspektif masing-masing. Soal itu terutamanya pembahagian kerusi dan sebagainya serahkan kepada…

Read More

Pesan kepada ahli, ingatan kepada sekutu, seteru

KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO yang menyambut ulang tahunnya yang ke-79 hari ini mengingatkan sekutu dan seteru politiknya supaya tidak meragui kepercayaan dan menjaga batas sempadan. Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, berkata, sebagai parti yang mengamalkan politik kesederhanaan, UMNO menolak politik ekstremisme, retorik perkauman, dan perpecahan. “Pesan saya buat kawan atau lawan, jangan meragui kepercayaan dan jagalah batas sempadan. “Api kecil yang dijaga rapi, jika dikhianati, akan menjulang menjadi bara. Bila ia marak, panasnya tak tertahan, nyalanya tak terelak – bimbang ia membakar semua…tanpa memilih rupa dan badan,” katanya semasa…

Read More

Tidak boleh leka hadapi ‘perang lebih besar’

KUALA LUMPUR 11 Mei – UMNO mesti melangkah ke ‘medan perang’ pilihan raya dengan naratif yang lebih segar, komunikasi yang lebih strategik dan gerak kerja yang lebih tajam, tuntas serta berani, kata Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, UMNO tidak boleh leka walaupun sedang melalui tanda kebangkitan dengan kemenangan hatrik melalui pilihan raya kecil (PRK) di Nenggiri, Kelantan; Mahkota, Johor dan terkini Ayer Kuning, Perak. Ahmad Zahid berkata UMNO perlu lebih bersedia berdepan dengan medan peperangan jauh lebih besar selepas ini termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor,…

Read More

1976 kali terakhir antraks di Malaysia

PUTRAJAYA 11 Mei   – Tiada sebarang laporan berkenaan penyakit antraks di negara ini sejak Malaysia bebas daripada penyakit itu dengan  kes terakhir yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) pada 1976. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) bagaimanapun memandang serius wabak penyakit itu yang menyebabkan satu kematian manusia yang disahkan akibat jangkitan antraks pada 1 Mei lalu di Thailand. Sebelum ini, Jabatan Kawalan Penyakit (DDC), Thailand memaklumkan kes tersebut dikaitkan dengan penyembelihan lembu dan pengambilan daging mentah di Daerah Don Tan, Wilayah Mukdahan di timur laut Thailand yang bersempadan…

Read More

Bangladesh haramkan Liga Awami

DHAKA – Liga Awami, parti politik diterajui bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina diharamkan sementara menunggu penghakiman perbicaraan susulan protes besar-besaran yang mendorong peletakan jawatan Perdana Menteri tahun lalu. Hasina ketika ini kekal hidup dalam buangan di India dan beliau turut mengingkari waran tangkap dari Dhaka atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan. Penasihat Undang-Undang dan Keadilan, Asif Nazrul, memberitahu pengharaman aktiviti termasuk di ruang siber membabitkan Liga Awami di bawah Akta Anti-Keganasan sudah diputuskan sehingga perbicaraan membabitkan parti itu dan pemimpinnya berakhir. Nazrul berkata keputusan itu diambil untuk memastikan ‘kedaulatan dan keselamatan’…

Read More

Gencatan senjata India, Pakistan

NEW DELHI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendedahkan India dan Pakistan bersetuju melaksanakan satu gencatan senjata pada Sabtu selepas tentera kedua-dua pihak saling berbalas serangan dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan ‘gencatan senjata sepenuhnya serta-merta’ hasil usaha perantaraan yang diketuai AS bagi menamatkan ketegangan. Setiausaha Negara AS Marco Rubio berkata beliau dan Naib Presiden JD Vance telah berhubung dengan pegawai kanan India dan Pakistan. Katanya, AS menghubungi Perdana Menteri India, Narendra Modi; Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; Ketua Tentera Pakistan, Jeneral Syed Asim Munir,…

Read More