Bangladesh haramkan Liga Awami

DHAKA – Liga Awami, parti politik diterajui bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina diharamkan sementara menunggu penghakiman perbicaraan susulan protes besar-besaran yang mendorong peletakan jawatan Perdana Menteri tahun lalu.

Hasina ketika ini kekal hidup dalam buangan di India dan beliau turut mengingkari waran tangkap dari Dhaka atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.

Penasihat Undang-Undang dan Keadilan, Asif Nazrul, memberitahu pengharaman

aktiviti termasuk di ruang siber membabitkan Liga Awami di bawah Akta Anti-Keganasan sudah diputuskan sehingga perbicaraan membabitkan parti itu dan pemimpinnya berakhir.

Nazrul berkata keputusan itu diambil untuk memastikan ‘kedaulatan dan keselamatan’ negara serta ‘keselamatan penunjuk perasaan’, di samping melindungi ‘plaintif dan saksi tribunal’.

Pada masa sama, pentadbiran sementara Bangladesh yang dipimpin pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus meluluskan pindaan kepada Akta Tribunal Jenayah Antarabangsa negara itu bagi membenarkan pihak berkuasa mendakwa parti politik dan badan gabungan mereka.

Liga Awami membantah langkah terbabit dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak sah’.

Keputusan itu dibuat sehari selepas beribu-ribu orang berhimpun di luar kediaman Yunus, menuntut pengharaman parti Hasina.

Pada Khamis, bekas ketua Liga Awami, Abdul Hamid yang turut disiasat, berjaya meninggalkan negara itu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya tiga pegawai polis yang bertanggungjawab mengawasi ketibaan dan pelepasan di lapangan terbang diberhentikan kerana kecuaian susulan Hamid berjaya meloloskan diri.

Nnn

Related posts

Leave a Comment