KUALA LUMPUR 11 Mei – Pemuda, sayap parti UMNO dinasihatkan supaya menyerahkan soal pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada pucuk pimpinan.
Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya melihat soal dibangkitkan oleh sayap parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk UMNo sendiri, Amanah amat pramatang untuk dipolemikkan.
“Saya nasihatkanlah supaya sayap mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan, soal yang mereka bangkitkan itu biar ditentukan pucuk pimpnan parti masing-masing.
Jangan melayani emosi dan juga analisis perspektif masing-masing. Soal itu terutamanya pembahagian kerusi dan sebagainya serahkan kepada pucuk pimpinan,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Ulang Tahun ke-79 UMNO di Pusar Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan Pemuda Amanah yang menyelar Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kerana menolak cadangan formula agihan kerusi 14:14 antara Pakatan Harapan (PH) dan BN bagi berhadapan PRN Melaka.
Ia susulan kenyataan Dr Muhamad Akmal yang mengingatkan PH Melaka supaya tidak terlalu berharap untuk bertanding di kerusi DUN yang dimenangi BN pada PRN lalu.
Ahmad Zahid berkata soal pengagihan kerusi itu tidak perlu dibangkitkan kerana ia belum dibincangkan di peringkat atasan.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ruang kerjasama dibuka BN bersama PH dan parti tempatan lain bagi menempuh PRN Sabah adalah satu lambang keterbukaan BN demi kepentingan rakyat di negeri itu.
Beliau berkata pendekatan itu dibuat bagi memastikan kerajaan Sabah yang dapat dibentuk selepas PRN kelak, adalah pentadbiran yang mampu meneruskan agenda pembangunan di negeri itu yang dirancang sebelum ini.
“Kita memang tidak berniat secara solo tetapi keputusan kita BN-PH bukan satu ‘plus’ tapi ‘plus, plus’. Ini pastinya melihat keterbukaan kita dan kita harus dominasikan antara parti pusat dan negeri.
“Yang penting kerajaan akan terbentuk selepas PRN-17 (Pilihan Raya Negeri-17) nanti adalah kerajaan bersama pembangunan di Sabah yang dirancang dapat,” katanya.
Nnnn