Iran, Oman sambung rundingan

KAHERAH – Rundingan Iran bersama Oman disambung semula bagi mengurus Selat Hormuz laluan perkapalan strategik tersebut berikutan peningkatan tekanan ekonomi daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Iran dan Oman juga mengadakan rundingan dalam tempoh beberapa minggu berhubung kawalan lalu lintas yang mengendalikan 20 peratus daripada penghantaran minyak dan gas asli cecair global sebelum peperangan bermula pada Februari.

Kedua-dua negara mendakwa mereka membincangkan koridor navigasi sementara bersama merentasi Selat Hormuz dan bersetuju untuk membersihkannya daripada periuk api.

Dalam pada itu, Trump mendakwa semua periuk api di selat itu sudah dibersihkan.

Dalam perkembangan lain, perkhidmatan Rahsia AS mengesahkan pihaknya maklum mengenai sebuah video yang disiarkan oleh televisyen rasmi Iran, membincangkan potensi komplot untuk membunuh anak bongsu Trump, Barron.

Video tiga minit yang disiarkan oleh televisyen rasmi Iran itu membincangkan potensi komplot pembunuhan Barron Trump, 20, yang mendakwa beliau sedang dipantau serta ganjaran AS$10 (kira-kira RM 40.4 juta) ditawarkan untuk pembunuhannya.

Di sebalik ketegangan yang berterusan, AS mula menghantar semula kakitangan ke beberapa misi diplomatik di Asia Barat yang sebelum ini dipindahkan atau dikurangkan saiz operasinya di tengah-tengah ketegangan dengan Iran.

Related posts

Leave a Comment