SEPANG 20 April – Menjelang ‘penutupan’ Makkah untuk jemaah umrah beberapa hari lagi, Andalusia Travel & Tours (Andalusia) menerbangkan 283 jemaah hari ini, penerbangann terakhir pakej umrah yang dikendalikan syarikat itu bagi musim 1446. Penerbangan terakhir penutup umrah itu adalah bagi pakej istimewa Andalusia pada harga RM5,490 seorang yang ditawarkan tiga hari menjelang Aidilfitri di mana 566 tempat duduk habis ditempah dalam tempoh dua minggu promosi. Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah, harga asal pakej sepatutnya adalah RM7,890. Bagaimanapun dengan kerjasama Amal Malaysia Airlines, harga istimewa itu dapat…
Read MoreMonth: April 2025
Berita pilihan…
Serangan Israel bunuh lebih 90 orang
GAZA – Lebih 90 orang terbunuh dalam serangan udara berterusan oleh tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lalu, yang turut melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Difahamkan, sebahagian daripada mangsa berlindung di kawasan yang ditandakan Israel sebagai zon kemanusiaan. Menurut pegawai di Hospital Eropah, 11 orang terbunuh di bandar selatan Khan Younis termasuk di dalam khemah yang terletak di kawasan Mwasi, di mana ratusan ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal mencari perlindungan. Empat lagi terbunuh dalam serangan berasingan di Rafah, termasuk seorang ibu dan anak perempuannya.…
Read MoreKFC sasaran penunjuk perasaan
ISLAMABAD – Lebih 20 insiden serangan ke atas Kentucky Fried Chicken (KFC) dilaporkan di seluruh Pakistan dengan satu kematian melibatkan seorang pekerja restoran itu yang ditembak mati. Susulan itu pihak berkuasa Pakistan menahan kira-kira 160 orang iaitu 145 orang di wilayah Punjab, manakala 15 lagi di ibu negara Islamabad. Serangan ke atas rantaian makanan segera yang diasaskan Amerika Syarikat (AS) itu didorong oleh sentimen anti AS dan penentangan terhadap sekutunya, Israel dalam perang yang sedang berlaku di Gaza. Tunjuk perasaan di luar restoran KFC berulang kali dilakukan pada bulan ini…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 20.04.2025
Menteri tewas kepada Afdlin Shauki
KUALA LUMPUR 19 April – Pengarah dan pelakon, Afdlin Shauki membuat kejutan apabila berjaya menewaskan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, bagi perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa. Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR, gagal mempertahankan jawatannya itu selepas hanya mampu meraih 563 undi manakala Afdlin memperoleh 631 undi, Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran turut gagal merebut jawatan Ketua Cabang Batu apabila sekadar meraih 793 undi manakala, peguam Asheeq Ali Sethi Alivi memperoleh 946, menang dengan majoriti 153 undi. Ahli Parlimen…
Read MorePermit masuk Makkah mulai 23 April
RIYADH – Bermuda 23 April ini, semua yang ingin memasuki Makkah wajib mendapatkan permit masuk yang sah. Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengingatkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuatkuasa bermula 23 April ini, mewajibkan semua yang ingin memasuki Makkah mendapatkan permit masuk yang sah. Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju kota suci itu. Pihak berkuasa menegaskan, aturan dan prosedur haji bagi 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat. Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan…
Read MoreDurian: DAP sedia jadi jambatan’
KUALA LUMPUR 19 April – DAP Pahang sedia memainkan peranan sebagai jambatan antara kerajaan negeri dan pekebun durian khususnya di Raub bagi membuka ruang rundingan yang konstruktif demi mencari jalan penyelesaian baik dan harmoni. Dalam kenyataannya, DAP menjelaskan komitmen mereka itu adalah bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri selain memastikan sektor pertanian di seluruh Pahang dapat diurus secara tersusun dan mampan demi kesejahteraan semua. “Tidak dinafikan terdapat pekebun-pekebun mengusahakan tanah di kawasan Raub tanpa kebenaran sejak beberapa dekad yang lalu, namun industri durian Musang King di Raub berkembang menjadi jenama yang…
Read MoreMaro : bendera
Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua
Read MoreDiskaun istimewa Andalusia sempena MATTA Fair
KUALA LUMPUR 19 April – Sempena MATTA Fair yang sedang berlangsung di MITEC mulai semalam hingga esok, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan diskaun pakej umrah serta hadiah-hadiah istimewa kepada para pengunjung. Malahan bagi cabutan Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) sempena MATTA Fair, sebuah motosikal Honda Dash 125 bernilai RM6,599 serta 10 baucar diskaun RM50 menanti pemenang bertuah. Orang ramai boleh mengunjungi reruai Andalusia di Aras 1 (Domestic Hall) MITEC yang memberi fokus kepada pelancongan manakala di Aras 3 (Hall 9) memberi fokus kepada umrah. Sempena…
Read More