PRK : Bukti rakyat tolak politik perkauman

KUALA LUMPUR 30:April –  Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April lalu adalah bukti rakyat menolak politik perkauman, kebencian dan mainan. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kemenangan itu juga membuktikan bahawa rakyat turut menolak mainan persepsi seolah-olah Islam dan Melayu terancam. Katanya, UMNO bersyukur dengan keputusan PRK Ayer Kuning yang menunjukkan peningkatan sokongan pengundi Melayu, pelbagai kaum dan kalangan anak muda. “UMNO menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kash kepada seluruh pengundi DUN Ayer Kuning atas…

Read More

Merokok: 41,421 notis, kompaun RM10.35j

BANGI 30 April – – Setakat 20 April lalu, sebanyak 43,455 notis kesalahan membabitkan nilai kompaun berjumlah RM10.42 juta dikeluarkan sejak Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2024. Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Zulhizzam Abdullah memaklumkan, jenis kesalahan tertinggi adalah di bawah Seksyen 16(2), iaitu larangan merokok di kawasan atau tempat larangan merokok. Ia membabitkan 41,421 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM10.35 juta. Selain itu katanya, sebanyak 1,382 notis kesalahan dikeluarkan di bawah Seksyen 17(1), iaitu larangan merokok…

Read More

Penandaan harga ubat mulai 1 Mei

PUTRAJAYA 30 April – Mulai esok, 1 Mei 2025, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama melaksanakan inisiatif Penandaan Harga Ubat di Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta dan Farmasi Komuniti. Menurut kenyataan bersama KKM dan KPDN, inisiatif itu dilaksanakan sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan agenda ketelusan harga melalui Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU). “Ia bertujuan untuk memastikan rakyat mempunyai pilihan bermaklumat dengan mengetahui, membuat perbandingan dan memilih harga yang terbaik dalam merancang perbelanjaan ubat-ubatan. “Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui Perintah Kawalan…

Read More

Dividen Simpan SSPN 4.05 peratus

PUTRAJAYA 30 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen sebanyak 4.05 peratus bagi Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2024, kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abdul Kadir, berkata agihan keuntungan itu membabitkan peruntukan RM439.87 juta berbanding RM357.65 juta tahun sebelumnya dan memberi manfaat kepada 6.77 juta akaun pendeposit. Beliau , berkata peningkatan agihan dividen Simpan SSPN yang diperkenalkan sejak 2004 menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan yang efektif bagi memastikan pulangan optimum dapat diberikan kepada pendepositnya. “Pemberian dividen pada…

Read More

Rauf anggap audio mainan politik

KUALA LUMPUR  30 April – Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa penyebaran beberapa audio mirip suaranya yang tular di media sosial sebagai permainan politik untuk menjejaskan karakter beliau. Sambil mendakwa beliau mengetahui dalang di sebalik penyebaran audio itu, Rauf menegaskan, tidak terkesan dengan permainan seumpama itu, dan tidak perlu untuk mengambil tindakan seperti membuat laporan polis. “Kenapa pula saya nak buat laporan polis? Saya tidak ambil itu sebagai sesuatu yang memfitnah atau memburukkan nama saya. Siapa buat, dia tanggung sajalah. “Saya anggap ini satu permainan…

Read More

Hentikan spekulasi tidak sahih

JOHOR BAHRU 30 April – Keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor adalah stabil. Justeru Amanah Johor meminta orang ramai menghentikan penyebaran spekulasi dan maklumat tidak sahih berhubung keadaan kesihatan wakil rakyat itu. Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, berkata penyebaran spekulasi dan maklumat tidak sahih itu menimbulkan panik dan pelbagai persepsi mengelirukan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berkata, pelbagai teori dan tanggapan liar tersebar hanya menambah ketegangan terhadap situasi sedang dihadapi. “Kami berharap semua pihak menghentikan sebarang persepsi dan spekulasi. Jangan ada…

Read More

Dua pemimpin Melayu DAP dakwa difitnah

SEPANG 30 April –  Dua wakil rakyat DAP akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Setul, Pahang, Jasri Jamaludin yang didakwa memfitnah melalui satu tulisan di Facebooknya semalam. Naib Pengerusi DAP Syahredzan Johan yang juga Ahli Parlimen Bangi dan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP mengeluarkan kenyataan bersama berhubung tindakan itu. “Semalam, ADUN Kuala Sentul, Pahang, Dato’ Jasri Jamaludin daripada Perikatan Nasional (PN) telah memuatnaik status yang mengandungi kata-kata yang memfitnah kami di laman Facebook beliau. ADUN tersebut antara…

Read More

Enam ‘anak YKM’ cemerlang SPM dirai

KUALA LUMPUR 30 April – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini turut menyaksikan enam daripada 36 anak-anak Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) mencatat keputusan 6A ke atas. Mendahukui senarai adalah Isma Daniel Khairul Syakirin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah, Klang yang memperoleh 10A. Ini disusuli Alia Batrisya Abu Hassan MRSM Balik Pulau (9A); Irene Hung Xin Yi SMK Bandar Sibu (9A) ; Mohamad Affiq Danish Mohd Nasir MRSM Kuantan (7A); Wan Nur Aisyah Insyirah Wan Mohd Norhisham SMJK Tanah Puteh (7A) dan Nur Najma Najihah Sarkawi…

Read More

14,784 pelajar terbunuh 24,766 cedera

RAMALLAH – Seramai 14,784 pelajar terbunuh manakala 24,766 lagi cedera sejak pencerobohan Israel di Gaza dan Tebing Barat bermula 7 Oktober 2023, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin mendedahkan lebih 14,649 pelajar terbunuh di Gaza dan sekurang-kurangnya 23,936 lagi cedera. Di Tebing Barat, seramai 135 pelajar terkorban dan 830 cedera, selain 724 pelajar telah ditahan. Di samping itu, seramai 880 guru dan kakitangan pentadbiran terbunuh, manakala sekitar 4,247 lagi cedera di Gaza dan Tebing Barat, termasuk lebih 193 kakitangan pendidikan turut ditahan di Tebing Barat. Sebanyak 352 sekolah kerajaan mengalami…

Read More