RIYADH – Bermuda 23 April ini, semua yang ingin memasuki Makkah wajib mendapatkan permit masuk yang sah.
Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengingatkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuatkuasa bermula 23 April ini, mewajibkan semua yang ingin memasuki Makkah mendapatkan permit masuk yang sah.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju kota suci itu.
Pihak berkuasa menegaskan, aturan dan prosedur haji bagi 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat.
Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan suci, kad pengenalan penduduk Makkah, atau permit haji rasmi dari negara asal akan diarah berpatah balik.
Menurut Direktorat Keselamatan Awam, permit memasuki Makkah bagi mereka yang bekerja semasa musim haji akan dikeluarkan secara elektronik menerusi platform ‘Absher Individuals’ dan ‘Portal Muqeem’, menerusi integrasi dengan platform digital bersepadu bagi pengeluaran permit haji.