Durian: DAP sedia jadi jambatan’

KUALA LUMPUR 19 April – DAP Pahang sedia memainkan peranan sebagai jambatan antara kerajaan negeri dan pekebun durian khususnya di Raub bagi membuka ruang rundingan yang konstruktif demi mencari jalan penyelesaian baik dan harmoni.

Dalam kenyataannya, DAP menjelaskan komitmen mereka itu adalah bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri selain memastikan sektor pertanian di seluruh Pahang dapat diurus secara tersusun dan mampan demi kesejahteraan semua.

“Tidak dinafikan terdapat pekebun-pekebun mengusahakan tanah di kawasan Raub tanpa kebenaran sejak beberapa dekad yang lalu, namun industri durian Musang King di Raub berkembang menjadi jenama yang dikenali di peringkat antarabangsa.

“Pekebun durian amat berhasrat untuk memberi kerjasama kepada pihak kerajaan Pahang bagi bersama-sama membangunkan industri durian ini ke tahap yang lebih tinggi dan turut menjana ekonomi negeri,” kata kenyataan itu.

DAP Pahang juga menyokong sepenuhnya hal ehwal dalam pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkenaan.

Katanya, DAP Pahang juga menjunjung kasih Titah Diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ke-4, Dewan Negeri Pahang Ke-15, semalam.

Semalam, Menteri Besar,  Wan Rosdy Wan Ismail, menjelaskan tindakan Kerajaan Pahang membawa kes pencerobohan tanah dan perlombongan haram terus ke mahkamah tanpa dikenakan kompaun bukan untuk mengaibkan individu atau pihak tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata ia bertujuan mendidik supaya masyarakat dapat melihat bahawa kerajaan negeri serius dalam dalam menangani kes terbabit

RIYADH – Bermuda 23 April ini, semua yang ingin memasuki Makkah wajib mendapatkan permit masuk yang sah.

Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mengingatkan pelaksanaan urusan dan prosedur haji akan dikuatkuasa bermula 23 April ini, mewajibkan semua yang ingin memasuki Makkah mendapatkan permit masuk yang sah.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), mana-mana individu yang tidak mempunyai permit tidak dibenarkan melepasi sekatan keselamatan menuju kota suci itu.

Pihak berkuasa menegaskan, aturan dan prosedur haji bagi 1446 Hijrah akan dikuatkuasakan dengan ketat.

Kenderaan dan penduduk yang tidak memiliki permit kerja di kawasan suci, kad pengenalan penduduk Makkah, atau permit haji rasmi dari negara asal akan diarah berpatah balik.

Menurut Direktorat Keselamatan Awam, permit memasuki Makkah bagi mereka yang bekerja semasa musim haji akan dikeluarkan secara elektronik menerusi platform ‘Absher Individuals’ dan ‘Portal Muqeem’, menerusi integrasi dengan platform digital bersepadu bagi pengeluaran permit haji.

Related posts

Leave a Comment