KUALA LUMPUR 19 April – Sempena MATTA Fair yang sedang berlangsung di MITEC mulai semalam hingga esok, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan diskaun pakej umrah serta hadiah-hadiah istimewa kepada para pengunjung.
Malahan bagi cabutan Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) sempena MATTA Fair, sebuah motosikal Honda Dash 125 bernilai RM6,599 serta 10 baucar diskaun RM50 menanti pemenang bertuah.
Orang ramai boleh mengunjungi reruai Andalusia di Aras 1 (Domestic Hall) MITEC yang memberi fokus kepada pelancongan manakala di Aras 3 (Hall 9) memberi fokus kepada umrah.
Sempena MATTA Fair kali ini, Andalusia juga menawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Pakej Umrah & Pelancongan.
Di samping itu pengunjung yang mengunjungi rerurai Andalusia akan dapat merasa teh araab, kurma dari Madinah, cookies, serta goodies bag, & ‘Chamber Free Gift’ .
Nnn