KFC sasaran penunjuk perasaan

ISLAMABAD – Lebih 20 insiden serangan ke atas Kentucky Fried Chicken (KFC) dilaporkan di seluruh Pakistan dengan satu kematian melibatkan seorang pekerja restoran itu yang ditembak mati.

Susulan itu pihak  berkuasa Pakistan menahan kira-kira 160 orang iaitu 145 orang di wilayah Punjab, manakala 15 lagi di ibu negara Islamabad.

Serangan ke atas rantaian makanan segera yang diasaskan Amerika Syarikat (AS) itu didorong oleh sentimen anti AS dan penentangan terhadap sekutunya, Israel dalam perang yang sedang berlaku di Gaza.

Tunjuk perasaan di luar restoran KFC berulang kali dilakukan pada bulan ini di mana penunjuk perasaan memecahkan tingkap, membakar bangunan dan mengancam keselamatan kakitangan restoran berkenaan.

Sebelum ini, sebuah restoran KFC di Kashmir yang dikendalikan oleh warga Pakistan dibakar pada Mac tahun lalu oleh penunjuk perAsaan.

Setakat ini, KFC dan syarikat induknya, YUM! belum memberikan sebarang maklum balas berhubung insiden yang berlaku.

Related posts

Leave a Comment