KUALA LUMPUR 29 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyelesaikan keseluruhan hutang pinjaman penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, yang meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua bas di kampus itu bulan lalu. PTPTN dalam kenyataan, memaklumkan Allahyarham mendapat penyelesaian pinjaman berjumlah RM12,629.82 bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda itu melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN. “PTPTN dengan penuh rasa simpati melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin telah menziarahi waris kepada mangsa tragedi nahas ini, yang berlaku di hadapan perhentian bas dekat Jalan Persiaran…
Read MoreDay: April 29, 2025
Sokong MCA tentukan masa depan sendiri
SEPANG 29 April – Gesaan supaya MCA menentukan masa depannya sendiri adalah luahan kekecewaan yang semakin dirasai oleh ramai ahli parti dan penyokong akar umbi berikutan ketidaktentuan hala tuju politik dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Ketua Pemuda MCA Kelantan Chan Rui Yih berkata, ia bukan ancaman, tetapi satu seruan kepada semua dalam BN agar bermuhasabah, menyesuaikan diri, dan membina semula kekuatan gabungan ini. “Kesatuan tidak bermaksud berdiam diri, dan kesetiaan tidak seharusnya menuntut keacuhan. Kita harus ingat, sebuah gabungan pelbagai kaum seperti BN hanya akan kekal kuat jika ia mampu…
Read MoreSPRM ada senarai individu ceroboh tanah
PUTRAJAYA 29 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang, katq Ketua Pesuruhjayanyq, Azam Baki. Beliau berkata, walaupun setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat, SPRM akan meneliti kes tersebut dari segenap sudut. “Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya. Ini satu cabaran kepada pegawai penyiasat untuk buat ‘tracing’ dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu,” katanya.selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah di Asia Tenggara di…
Read MorePerangi rasuah perlu keyakinan rakyat – Azam
PUTRAJAYA 29 April – Keyakinan rakyat adalah elemen penting dalam usaha memerangi rasuah secara menyeluruh selain memastikan tiada campur tangan politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. Katanya, tanpa kepercayaan rakyat, sukar untuk agensi seperti SPRM menjalankan peranannya dengan baik. “Dalam kita menguatkuasakan undang-undang memerangi rasuah dalam negara dan pastikan tidak berlaku campur tangan politik, aspek (lain) yang penting adalah mendapatkan keyakinan rakyat. “Kalau rakyat tak yakin, maka mereka tidak akan faham mengenai usaha kita dan tentunya (usaha) perangi rasuah takkan berjalan dengan baik. Contoh di…
Read MorePeguam Negara derhaka titah?
SEPANG 29 April – Isu Titah Adendum seharusnya diselesaikan secara telus tambahan ia melibatkan Titah Diraja selain dapat menepis persepsi rakyat bahawa sistem kehakiman negara ini tidak adil dan dipengaruhi oleh tangan-tangan politik. 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐝𝐚 𝐌𝐂𝐀 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 Wong Siew Mun dalam kenyataannya mempersoalkan, adakah wujud tangan ghaib yang mahu melengah-lengahkan masa, dengan menafikan keadilan dan hak Najib sebagai warganegara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia susulan Peguam Negara (AG), Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak…
Read More3R : PEKIDA dakwa SKMM berat sebelah
KUALA LUMPUR 29 April – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap tidak konsisten Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani isu-isu sensitif agama, kaum dan institusi diraja (3R). Presidennya Mohd Foad Mat Isa berkata, walaupun SKMM mengingatkan rakyat supaya tidak menyebarkan kandungan berunsur hasutan, tindakan penguatkuasaan kelihatan berat sebelah dan lemah. “Laporan-laporan berkaitan penghinaan terhadap Islam, Raja-Raja Melayu dan Bangsa Melayu yang dibuat oleh PEKIDA Malaysia sering tidak diambil tindakan tegas. Kami menegaskan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, dan sebarang penghinaan terhadapnya mencabar…
Read MoreJaga Kad Nusuk seperti MyKad
SEPANG 29 April – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kad Nusuk sebaik mungkin kerana kad pengenalan rasmi jemaah haji itu memiliki data peribadi termasuk pasport dan visa bagi membolehkan jemaah dikenal pasti secara mudah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kad yang ditambah baik, kini dilengkapi dengan kod respons pantas (QR) bagi mengelakkan sebarang cubaan pemalsuan terhadap kad itu. “Kad Nusuk ini kena jaga betul-betul sebab ia seperti MyKad kita. Ingat pesanan saya ini jaga kad ini macam kita jaga MyKad…
Read MoreKumpulan pertama jemaah haji ke Madinah
SEPANG 29 April – Musim haji bagi jemaah Malaysia tahun ini bermula selepas kumpulan pertama yang terdiri daripada 284 jemaah berlepas ke Tanah Suci pada pukul 4.05 pagi ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kumpulan jemaah itu menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8050 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada 7.50 pagi waktu tempatan (Arab Saudi), hari yang sama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata TH telah mula menghantar petugas haji ke Arab Saudi seawal 24 April…
Read MoreBerita pilihan…
Wanita tertua Jepun meninggal
TOKYO – Wanita, Okagi Hayashi, 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas. Menurut Kementerian Kesihatan Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu. Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu. Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota,…
Read More