Wanita tertua Jepun meninggal

TOKYO – Wanita, Okagi Hayashi, 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas.

Menurut Kementerian Kesihatan Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu.

Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu.

Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota, Wilayah Aichi.

Related posts

Leave a Comment