R-naught: Empat negeri rekod 1.00

PUTRAJAYA 9 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia kembali kepada 0.94 (sepert 4 November) berbanding 0.92 yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

Sepuluh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana empat negeri merekodkan 1.00 dan lebih iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.06, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.00, Negeri Sembilan 1.00 dan Selangor 1.00.

Ini diikuti Pahang 0.98, Sabah 0.97, Kelantan 0.97,  Melaka 0.97, Perlis 0.96 dan Kedah 0.96

Lima negeri lain yang mencatatkan bacaan Rt terendah ialah Pulau Pinang 0.92, Sarawak 0.89, Johor 0.88, Terengganu 0.86 dan Perak 0.84.

Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan lima kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment