Peguam Negara derhaka titah?

SEPANG 29 April – Isu Titah Adendum seharusnya diselesaikan secara telus tambahan ia melibatkan Titah Diraja selain dapat menepis persepsi rakyat bahawa sistem kehakiman negara ini tidak adil dan dipengaruhi oleh tangan-tangan politik.

๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐Œ๐‚๐€ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  Wong Siew Mun dalam kenyataannya mempersoalkan, adakah wujud tangan ghaib yang mahu melengah-lengahkan masa, dengan menafikan keadilan dan hak Najib sebagai warganegara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia susulan Peguam Negara (AG), Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar Titah Adendum.

Siew Mun berkata, pada 4 Januari 2025, Istana Pahang telah mengeluarkan surat rasmi yang mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah (house arrest) menerusi titah adendum bertarikh 29 Januari 2024.

Surat tersebut ditujukan kepada anak Najib, Datuk Mohd Nizar, dan ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman.

โ€œNamun, mengapa titah tersebut tidak dilaksanakan? Adakah wujud tangan ghaib yang sengaja mahu melengah-lengahkan masa, dengan menafikan keadilan dan hak Najib sebagai warganegara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan?

Adakah tindakan AG ini boleh dianggap biadap dan menderhaka titah?,โ€ katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment