PUTRAJAYA 29 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mempunyai senarai individu yang dipercayai terlibat dalam kes pencerobohan tanah di Raub, Pahang, katq Ketua Pesuruhjayanyq, Azam Baki.
Beliau berkata, walaupun setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat, SPRM akan meneliti kes tersebut dari segenap sudut.
“Kalau lebih kurang 10 tahun (kejadian berlaku) sudah tentu pegawai berkenaan ada yang sudah berpencen dan sebagainya. Ini satu cabaran kepada pegawai penyiasat untuk buat ‘tracing’ dan semak latar belakang siapa yang bertugas ketika itu,” katanya.selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Persidangan Antirasuah di Asia Tenggara di Putrajaya International Convention Centre (PICC), di sini, hari ini.
Katanya, siasatan SPRM bukan hanya dari aspek tatakelola, tetapi juga bagaimana penerokaan tanah secara haram boleh berlaku sejak sekian lama tanpa tindakan.
“Kita siasat kes ini dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat isu tatakelola, tetapi juga bagaimana selama ini pihak-pihak terbabit boleh terlepas dalam meneroka tanah..lni
akan ambil masa sedikit, terutama kepada mereka yang meneroka dan bagaimana mereka melakukannya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa siasatan terdahulu pada tahun 2021 melibatkan pencerobohan tanah di kawasan sama hampir selesai, dan mungkin telah ditutup di peringkat pejabat tanah.
Bagaimanapun, kes terbaharu ini membabitkan penerokaan baharu yang dikesan kerana ada pokok yang berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun.
Nnnn