Timbalan Menteri tewas ketua cabang

JOHOR BAHRU 20 April – Seorang lagi Ahli Parlimen bertaraf timbalan menteri tewas dalam pemilihan pimpinan peringkat cabang PKR 2025. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru. Ahli Parlimen Johor Bahru itu hanya mendapat 587 undi, manakala lawannya, Mohamad Taufiq Ismail yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memperoleh 709 undi. Sebelum ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim gagal merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya apabila hanya memperoleh 791 undi berbanding…

Read More

Kesannya hanyalah satu undi – Saarani

TAPAH 20 April  – – “Kalau pun ada kesan, ia hanyalah satu undi di Kampung Gajah dan satu di Parlimen Pasir Salak. Tak ada apa-apa sangat,” kata Pengerusi UMNO Perak,  Saarani Mohamad yang turut menyifatkan tiada apa yang mengejutkan Menteri Besar Perak itu mengulas penyertaan bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin yang menyertai Pas semalam. dengan borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang. Borang tersebut diserahkan sempena Ceramah Mega Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat di sini. Menurut Saarani,…

Read More

Nyatakan perkara sebenar isu Menara KL

SEPANG 20 April – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin ⁠menggesa kerajaan supaya telus, menyatakan perkara sebenar berhubung isu peralihan konsesi Menara KL, dan tidak dilihat hanya mempertahankan satu pihak semata-mata. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, rakyat mahukan dan berhak mendapat layanan sama rata dan saksama dari kerajaan. “Hukum rimba tidak boleh dijadikan amalan dan norma pentadbiran negara. Insiden pengusiran paksa ini menggoncang asas Malaysia sebagai sebuah negara hukum,” katanya dalam satu kenyataan berhubung peralihan konsesi Menara KL. Beliau berkata, adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk tidak mempertimbangkan sebuah…

Read More

Putra mahu Anwar beri perhatian isu Menara KL

KUALA LUMPUR  20:April – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) merayu Anwar Ibrahim memberi perhatian kepada isu melibatkan penyingkiran secara paksa pengendali Menara Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB). Presiden Putra Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri perlu meneliti semula isu tersebut kerana syarikat yang disingkirkan itu adalah dimiliki oleh orang Melayu. “Atas dasar simpati sesama Melayu, kepada Anwar saya nak merayu, setidak-tidaknya kita berkenalan dan berjuang kerana Melayu dan Islam, tolong tengok balik kes ini. Adalah simpati kepada pengurusan MKLSB, jangan zalim,” katanya. Dakwanya, pengusiran syarikat pengurusan Menara Kuala…

Read More

Umrah 1446 berakhir, 566 sertai pakej istimewa

SEPANG 20 April  – Menjelang ‘penutupan’ Makkah untuk jemaah umrah beberapa hari lagi, Andalusia Travel & Tours (Andalusia) menerbangkan 283 jemaah hari ini, penerbangann terakhir pakej umrah yang dikendalikan syarikat itu bagi musim 1446. Penerbangan terakhir penutup umrah itu adalah bagi pakej istimewa Andalusia  pada harga RM5,490 seorang yang ditawarkan tiga hari menjelang Aidilfitri di mana 566 tempat duduk habis ditempah dalam tempoh dua minggu promosi. Menurut Pengerusi Eksekutif Andalusia,  Md Daud Che Ngah, harga asal pakej sepatutnya adalah RM7,890. Bagaimanapun dengan kerjasama Amal Malaysia Airlines, harga istimewa itu dapat…

Read More

Serangan Israel bunuh lebih 90 orang

GAZA – Lebih 90 orang terbunuh dalam serangan udara berterusan oleh tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lalu, yang turut melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Difahamkan, sebahagian daripada mangsa berlindung di kawasan yang ditandakan Israel sebagai zon kemanusiaan. Menurut pegawai di Hospital Eropah, 11 orang terbunuh di bandar selatan Khan Younis termasuk di dalam khemah yang terletak di kawasan Mwasi, di mana ratusan ribu penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal mencari perlindungan. Empat lagi terbunuh dalam serangan berasingan di Rafah, termasuk seorang ibu dan anak perempuannya.…

Read More

KFC sasaran penunjuk perasaan

ISLAMABAD – Lebih 20 insiden serangan ke atas Kentucky Fried Chicken (KFC) dilaporkan di seluruh Pakistan dengan satu kematian melibatkan seorang pekerja restoran itu yang ditembak mati. Susulan itu pihak  berkuasa Pakistan menahan kira-kira 160 orang iaitu 145 orang di wilayah Punjab, manakala 15 lagi di ibu negara Islamabad. Serangan ke atas rantaian makanan segera yang diasaskan Amerika Syarikat (AS) itu didorong oleh sentimen anti AS dan penentangan terhadap sekutunya, Israel dalam perang yang sedang berlaku di Gaza. Tunjuk perasaan di luar restoran KFC berulang kali dilakukan pada bulan ini…

Read More