KUALA LUMPUR 3 Feb. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan tarif elektrik di Semenanjung tetap akan berlaku mulai Julai ini tetapi menafikan dakwaan tarif asas elektrik akan meningkat 14 peratus. Katanya , kadar itu bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti dan berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu. “Seperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat. “Kita bersedia untuk mendengar (pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik). “Seperti yang…
Read MoreDay: February 3, 2025
Kru insiden tembak PATI direhatkan
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Kru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terbabit dalam insiden dengan bot warga Indonesia di perairan Pulau Carey, direhatkan, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau memberitahu, Maritim Malaysia juga diarah menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden berkenaan. “Maritim Malaysia sendiri sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas anggota yang terbabit. Saya baru saja mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. Kita setuju bahawa ketika siasatan dijalankan oleh pihak polis ke atas Maritim Malaysia,…
Read MoreMOTAC batal lesen Al Quds Umrah & Tours
PUTRAJAYA 3 Feb. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Quds Umrah & Tours Sdn Bhd berkuat kuasa mulai 24 Januari lalu, kata Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Roslan Abdul Rahman. Beliau berkata pembatalan lesen itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). “Kementerian memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini. Pada 8 November lalu MOTAC mengumumkan penggantungan lesen syarikat berkenaan berkuat kuasa mulai 9 Julai 2024 sehingga 19…
Read MorePertahan hak kedaulatan negara
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan bagi memastikan hak kedaulatan serta kepentingan negara terpelihara, walaupun hanya seketul batu karang di tengah lautan. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan juga perlu bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak dan meningkatkan kerjasama strategik dalam menangani isu serantau serta sempadan negara. “Sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia perlu menunjukkan keupayaan dalam memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN. Malaysia juga perlu kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan. Peperangan…
Read MorePastikan prestasi baik ekonomi dinikmati rakyat
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mahu pengagihan subsidi bersasar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kepada kumpulan rakyat yang benar-benar layak saja. Ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini , baginda bertitah pelaksanaan kaedah itu berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan. Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur melihat perkembangan ekonomi negara, termasuk prestasi ekonomi domestik dan pelaburan negara yang semakin bertambah baik. “Nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah. Pada tahun lalu, pertumbuhan Keluaran…
Read MoreJangan penting parti, kelompok sendiri
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengutamakan perbahasan demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara serta menghentikan bermain politik atas setiap isu. Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal, dan medan semak dan imbang atau “check and balance” ke atas pentadbiran negara. Titah Baginda lagi, Parlimen bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki-hamun atau menabur fitnah. “Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah menjadi benteng perpaduan negara, dan bukannya agen perpecahan rakyat. “Justeru itu, hentikan tindakan bermain…
Read MoreBerita pilihan…
Komitmen antarabangsa bina tiga juta rumah
JAKARTA – Emiriyah Arab Bersatu (UAE), memberikan komitmen untuk membina sejuta unit rumah dengan nilai pelaburan antara AS$16 bilion (RM72 bilion) hingga AS$20 bilion (RM90 bilion) bagi menangani masalah perumahan di Indonesia. Komitmen itu adalah antara kerjasama strategik antarabangsa Indonesia dalam program pembinaan tiga juta rumah setiap tahun yang diterajui oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto. Selain UAE, dengan sokongan Turkiye, Singapura, Qatar dan Amerika Syarikat (AS), program itu dilihat berpotensi memberi kesan besar kepada golongan berpendapatan rendah dan dijangka membawa pelbagai cabaran dalam pelaksanaannya. Qatar pula menandatangani perjanjian untuk membina…
Read MoreHentikan operasi ketenteraan israel
BAITULMUQADDIS – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menggesa bantuan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin. Pada masa yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) digesa. Mengadakan mesyuarat tergempar untuk menghentikan pencerobohan Israel. Gesaan itu susulan operasi perobohan oleh tentera Israel yang bertindak meletupkan bangunan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki, memusnahkan kira-kira 20 struktur bangunan. Rakaman yang merekodkan perobohan itu menunjukkan beberapa siri letupan serentak dilakukan di kem yang padat dengan penduduk. Kepulan asap menyelubungi bandar Palestin di mana tentera…
Read More