KUALA LUMPUR 3 Feb. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan tarif elektrik di Semenanjung tetap akan berlaku mulai Julai ini tetapi menafikan dakwaan tarif asas elektrik akan meningkat 14 peratus.
Katanya , kadar itu bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti dan berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu.
“Seperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.
“Kita bersedia untuk mendengar (pandangan pelbagai pihak mengenai cadangan kenaikan tarif elektrik).
“Seperti yang anda tahu, kajian semula setiap enam bulan adalah berdasarkan harga semasa. Justeru, saya tidak fikir ia akan menjadi sesuatu yang terlalu membebankan atau merugikan masyarakat.
Namun, sudah pasti ia bukan seperti yang dikatakan. Ini sebabnya saya baru sahaja semak dengan Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) sekiranya saya tersilap fakta,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.
Media sebelum ini, melaporkan jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai depan.
Tarif asas menerusi RP3 antara 2022 dan 2024 ditetapkan pada 39.95 sen/kWj.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Disember lalu, dilaporkan berkata sebarang perbezaan dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).
Nnnn