Indonesia catat 14,224 kes harian

JAKARTA 16 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia semakin meningkat apabila angka positif hari ini merekodkan 14,224 kes berbanding semalam yang dikatakan tertinggi iaitu sebanyak 12,818.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Indonesia setakat ini adalah 896,642 kes.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 8,662 lagi pesakit dilaporkan sembuh berbanding semalam 7,491. Ini menjadikan jumlah pesakit sembuh adalah  727,358.

Menurut laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, jumlah kematian menunjukkan peningkatan apabila 283 pesakit dilaporkan meninggal dunia sekaligus menjadikan jumlah kematian yang direkodkan adalah sebanyak 25,767 prang.

Jakarta kekal sebagai wilayah dengan jumlah kes jangkitan yang tertinggi sebanyak 223,970 manakala Jawa Timur merupakan wilayah dengan jumlah kematian tertinggi dengan sebanyak 6,833 kematian.

Related posts

Leave a Comment