Hentikan operasi ketenteraan israel

BAITULMUQADDIS – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menggesa bantuan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan operasi ketenteraan Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin.

Pada masa yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) digesa. Mengadakan mesyuarat tergempar untuk menghentikan pencerobohan Israel.

Gesaan itu susulan operasi perobohan oleh tentera Israel yang bertindak meletupkan bangunan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki, memusnahkan kira-kira 20 struktur bangunan.

Rakaman yang merekodkan perobohan itu menunjukkan beberapa siri letupan serentak dilakukan di kem yang padat dengan penduduk.

Kepulan asap menyelubungi bandar Palestin di mana tentera Israel menjalankan operasi ketenteraan besar-besaran selama hampir dua minggu, atas alasan menyasarkan pejuang Palestin dan bertujuan merampas simpanan senjata mereka.

Tentera Israel berkata 23 struktur ‘dimusnahkan’ di utara Tebing Barat selepas makmal bahan letupan, senjata dan pusat pemerhatian ditemui di bangunan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Hospital Kerajaan Jenin, Wisam Baker, memberitahu agensi berita negara Palestin, sebahagian daripada hospital itu rosak dalam letupan itu, namun tiada kemalangan jiwa.

Jenin adalah tempat perlindungan kepada kem pelarian yang penuh sesak, merangkumi rakyat Palestin yang dihalau keluar atau melarikan diri dari rumah mereka, ketika perang 1948 apabila negara Israel ditubuhkan.

Kem pelarian itu menjadi pusat aktiviti pejuang selama beberapa dekad dan berulang kali menjadi sasaran serangan pasukan keselamatan Israel.

Tentera Israel yang dibantu oleh helikopter dan jentolak berperisai, memulakan serangan ke atas bandar itu pada 21 Januari, dua hari selepas gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas berkuat kuasa.

Israel menganggap Tebing Barat sebagai salah satu daripada peperangannya menentang pelbagai kumpulan yang disokong Iran yang berpangkalan di sekitar sempadannya, dari Gaza ke Lubnan, termasuk Houthi di Yaman.

Israel mengalihkan tumpuan serangannya ke Tebing Barat sebaik sahaja pertempuran dihentikan di Gaza susulan gencatan senjata.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA) berkata hampir kesemua 20,000 penduduk kem Jenin dipindahkan sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Hospital Kerajaan Jenin, Wisam Baker, memberitahu agensi berita negara Palestin, sebahagian daripada hospital itu rosak dalam letupan itu, namun tiada kemalangan jiwa.

Jenin adalah tempat perlindungan kepada kem pelarian yang penuh sesak, merangkumi rakyat Palestin yang dihalau keluar atau melarikan diri dari rumah mereka, ketika perang 1948 apabila negara Israel ditubuhkan.

Kem pelarian itu menjadi pusat aktiviti pejuang selama beberapa dekad dan berulang kali menjadi sasaran serangan pasukan keselamatan Israel.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment