BANGI 14 Jan. – Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mempelawa peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, untuk sekali lagi memfailkan semakan kehakiman mencabar larangan merokok. Beliau berkata, kementerian akan berdepan dengan apa sahaja yang mereka letakkan sebagai semakan kehakiman untuk ini. “Kita akan menguruskannya. Ini adalah kali kedua daripada beliau. Akta 852 yang diluluskan dan peraturan-peraturan yang diluluskan akan berjalan seperti yang kita tetapkan. Ada yang kita lakukan segera dan ada yang kita berikan pelaksanaan pendidikan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Simposium ‘Shariacare: Merintis Kesihatan Dengan Nilai-Nilai Syariah’.…
Read MoreMonth: January 2025
Dua warga emas rugi lebih RM2 juta
SEPANG 14 Jan. – Dua orang warga emas kerugian lebih RM2 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang kripto atas talian yang tidak wujud dan sindiket penipuan telefon atau ‘phone scam’. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, kes pertama melibatkan seorang pengurus syarikat yang kerugian RM1.63 juta selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan mata wang kripto yang diiklankan dalam Facebook, baru-baru ini. Katanya, mangsa lelaki tempatan berusia 61 tahun itu tertarik dengan iklan berkenaan sebelum menghubungi pengiklan melalui telefon di mana suspek kemudian memberi pautan laman sesawang untuk tujuan…
Read MoreJemaah umrah terkandas lagi
LAPORAN mengenai lebih 300 jemaah umrah terkandas menarik perhatian, lebih-lebih lagi baru Khamis lalu penulis tiba dari Madinah selepas selesai umrah di Makkah. Jika yang baru kembali terasa ingin lagi ke sana apatah lagi yang sudah ‘pasang niat’. Sudah tentu amat sedih dan kecewa jika pada saat akhir penerbangan ditangguhkan, sedangkan bayaran penuh sudah dijelaskan, kesihatan pula baik, dan hanya menunggu masa untuk menjejakkan kaki di dua Tanah Suci. Tidak dapat dibayangkan perasaan seseorang jemaah apabila tiba hari yang dinanti, sama ada sudah tiba di KLIA, atau dalam perjalanan ke…
Read MoreSijil nikah anak menteri sah
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah, selepas mereka berkahwin di negara jiran September lalu, kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain. Katanya, sijil nikah itu setelah disemak adalah sah dari negara jiran, di mana hasil siasatan mereka ini bercinta dan ingin berkahwin namun ada halangan. Beliau berkata, pasangan itu sebenarnya menyorok perkahwinan yang berlaku pada September tahun lalu dan rakan-rakan mereka sendiri tidak mengetahuinya. “Kertas siasatan juga sudah dilengkapkan dan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya (TPR) di Pulau Pinang di mana masih menunggu arahan selanjutnya,”…
Read MoreBerita pilihan…
Kuota rasmi haji Singapura kekal 900
SINGAPURA – Kerajaan Arab Saudi memberi jaminan kuota rasmi 900 jemaah haji kepada Singapura tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Bagaimanapun Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, turut memohon agar Singapura diberi kuota haji tambahan, melebihi kuota rasmi 900 anggota jemaah yang diberi kerajaan Arab Saudi bagi 2025. Katanya, beliau menyampaikan hasrat itu semasa pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah, pada majlis menandatangani perjanjian haji bagi musim haji 2025 buat jemaah Singapura di Jeddah. Permintaan itu,…
Read MoreIndonesia hantar 221,000 jemaah haji
JAKARTA – Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi di Jeddah, 12 Januari lalu. MoU itu ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasaruddin Umar dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq bin Fawzan AlRabiah. Dalam kenyataannya, Umar berkata, seramai 110,500 orang akan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdul Aziz di Madinah dan pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah. Sementara 110,500 orang lagi akan…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 14.01.2025
Kenapa DAPSY cepat melatah?
SEPANG 13 Jan. – Pemuda UMNO menegaskan teguran Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh supaya menitikberatkan status dan logo halal bukan serangan terhadap kerajaan atau mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin sebaliknya berkata, peringatan oleh Dr Akmal itu adalah wajar. “Segelintir pihak mungkin beranggapan isu ini remeh tetapi bagi pengguna beragama Islam, ia merupakan perkara penting dan kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. “Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan takrifan ‘ham’ yang dipamerkan pada bungkusan makanan oleh KK Super Mart tidak mempunyai Sijil…
Read MoreDAPSY ingatkan jangan seperti tin kosong
SEPANG 13 Jan. – Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong, mengingatkan pemimpin Pemuda UMNO supaya tidak mengapi-apikan bahang politik dan berlagak seperti hero. Katanya, pemimpin pemuda harus membantu untuk membina jambatan perpaduan, bukannya menjadi api dalam sekam dengan membakar lagi jambatan tersebut. “Jangan bertindak seperti tin kosong, sangat bising tetapi tidak berisi dan kosong sahaja,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau merujuk isu penjualan pek sandwic di KK Mart Universiti Malaya (UM) yang diragui status halalnya yang dakwanya ditularkan oleh Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh, seolah-olah pihak universiti…
Read More