Lebih 500,000 kanak-kanak berisiko

ISLAMABAD – Lebih 500,000 kanak-kanak di Afghanistan berisiko mengalami kekurangan nutrisi makanan pada 2025, demikian amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam satu kenyataan, PBB menyatakan bahawa antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem, yang “membataskan keupayaan orang ramai untuk memberi makan kepada keluarga mereka”. Menurut laporan terbaru Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), hampir separuh daripada penduduk Afghanistan – kira-kira 22.9 juta orang – akan memerlukan bantuan kemanusiaan tahun ini untuk menangani keperluan kronik dan akut. Ekonomi Afghanistan yang rapuh, bencana alam yang berterusan, kejutan…

Read More

Gencatan senjata bermula Ahad

DOHA – Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat Rabu semalam bagi menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, yang berlarutan sejak 7 Oktober 2023. Pada sidang media di Doha, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, memaklumkan bahawa gencatan senjata akan berkuat kuasa pada Ahad. Beliau menyatakan rundingan sedang berlangsung dengan Israel dan Hamas untuk melaksanakan perjanjian tersebut. Manakala Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pula berkata perjanjian ini akan menghentikan pertempuran di Gaza. Bercakap di Washington, beliau berkata, langkah itu mempercepat bantuan kemanusiaan yang amat…

Read More

Umrah: Suami isteri ditahan bantu kes terkandas

SHAH ALAM 15 Jan. – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, (JSJK) Selangor menahan pasangan suami isteri berusia 31 tahun, yang juga pemilik syarikat Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd. kira-kira pukul 7 petang ini. Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan dalam kenyataan medianya memberitahu,  pasangan itu ditahan di Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes jemaah yang terkandas untuk  mengerjakan umrah. “Polis telah merampas beberapa komputer, pasport dan dokumen berkaitan bagi membantu siasatan. Kedua-dua mereka akan direman esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. Beliau berkata, JSJK pada Selasa…

Read More

Jemaah kandas, Hejira Travel mohon maaf

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pengarah Urusan Syarikat Umrah Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd, Mohd Syahril Alias tampil memohon maaf kepada lebih 300 jemaah umrah yang terkandas susulan kegagalan pihaknya menyediakan penerbangan ke Tanah Suci. “Saya sangat berterima kepada yang memilih Hejira Travel dan saya sangat sangat memohon maaf dan berharap tuan puan dapat menunaikan ibadah umrah selepas ini walaupun bukan dengan kami (Hejira),” katanya. Beliau pada masa yang sama menawarkan pilihan sama ada mahu meneruskan umrah dengan penjadualan semula tarikh penerbangan, mengembalikan semula pembayaran dan pemberian RM5,000…

Read More

RUU halang atlet transgender

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Republikan meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menghalang atlet transgender daripada menyertai sukan wanita. Menerusi RUU itu, pelajar transgender dihalang daripada menyertai pasukan wanita di mana-mana sekolah atau universiti yang menerima dana persekutuan, walaupun tidak mungkin disokong dan diluluskan sebagai undang-undang oleh Senat. RUU itu mentakrifkan seks sebagai ‘hanya berdasarkan biologi reproduktif dan genetik seseorang ketika lahir’ dan menghalang atlet transgender daripada mengambil bahagian dalam olahraga ‘yang ditetapkan untuk wanita atau gadis’ Republikan menyerang keras Demokrat dalam isu transgender, terutamanya berkaitan belia…

Read More

Cukai 100% hartanah dibeli bukan warga EU

MADRID – Sepanyol bercadang melaksanakan cukai sehingga 100 peratus ke atas hartanah yang dibeli oleh bukan warga Kesatuan Eropah (EU) atau bukan pemastautin di Sepanyol. Perdana Menteri Pedro Sanchez menyatakan cadangan itu pada forum “Perumahan – Tunggak Kelima Negara Kebajikan”, yang mengingatkan langkah yang “belum pernah berlaku” itu bertujuan menangani kekurangan perumahan di negara itu. Susulan itu, cukai dijangka memberi kesan kepada pembeli dari negara seperti United Kingdom, China, Amerika Latin, Timur Tengah dan Amerika Syarikat, sekiranya mereka tidak memegang status pemastautin Sepanyol. Beliau berkata antara matlamat utama langkah ini…

Read More

Perkhidmatan kesihatan patuh syariah

BANGI 14 Jan. – Kementerian Kesihatan komited meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberi nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutama umat Islam, kata Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata konsep patuh syariah bukan hanya mencakupi perkhidmatan kesihatan dan kemudahan tetapi juga alat perubatan serta farmaseutikal, sekali gus mencerminkan komitmen Malaysia dalam penjenamaan nilai patuh syariah. Katanya, sejak 2014, sebanyak 35 peratus atau 54 hospital mempunyai sijil Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang diperakui oleh KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Beliau berkata, Hospital Mesra Ibadah mula diperkenalkan sejak…

Read More