Indonesia hantar 221,000 jemaah haji

JAKARTA – Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi di Jeddah, 12 Januari lalu.

MoU itu ditandatangani oleh Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia Nasaruddin Umar dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Tawfiq bin Fawzan AlRabiah.

Dalam kenyataannya, Umar berkata, seramai 110,500 orang akan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdul Aziz di Madinah dan pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah.

Sementara 110,500 orang lagi akan tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz dan pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdul Aziz di Madinah.

Menteri itu melahirkan keyakinan bahawa persediaan untuk haji 2025 boleh dimuktamadkan dengan segera selepas pemeteraian MoU itu.

Umar juga menyokong kuota tambahan untuk pegawai haji Indonesia, yang kini dihadkan kepada 2,210 tahun ini, bagi memastikan perkhidmatan optimum untuk jemaah haji.

Nnn

Related posts

Leave a Comment