Kadar kebolehjangkitan turun 0.94

PUTRAJAYA 4 Nov. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia turun lagi kepada 0.94 semalam selepas mencatatkan kadar 0.96 pada 1 November dan 0.95 pada 2 November.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 1.07.

Ini diikuti Negeri Sembilan 1.02, Perlis 1.01, Melaka 1.01, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.01, Selangor 1.00, Sabah 0.99, Kedah 0.99 dan Pahang 0.99.

Enam negeri mencatatkan nilai R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu  Kelantan 0.93, Pulau Pinang 0.89, Terengganu 0.89, Sarawak 0.87, Johor 0.87 dan Perak 0.85.

Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan enam kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment