SEPANG 13 Jan. – KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) Justeru, KK Super Mart membuat laporan polis terhadap syarikat pengeluar produk ‘sandwic ham & cheese’ yang dijual di premisnya. Pada masa yang sama, KK Super Mart turut mengarahkan peguam menghantar Surat Tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari 2025 kepada syarikat terbabit serta menggantung serta-merta segala urus niaga dengan syarikat pengeluar berkenaan. Langkah itu susulan dakwaan penemuan produk diragui status halal di dua premis kedai serbanekanya di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. KK Super Mart dalam satu kenyataan…
Read MoreMonth: January 2025
KPDN, Jakim serbu kilang sandwich
PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita pelbagai jenis sandwich dalam serbuan di sebuah kilang di Sunway Damansara, Petaling Jaya kerana disyaki menyalah guna logo halal, Jumaat lalu. Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, dalam serbuan pukul 1 tengah hari itu, pihaknya juga menyita sebuah komputer, mesin pencetak dan beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan. Katanya, serbuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu susulan aduan yang diterima Jakim dan tular melalui aplikasi TikTok berkaitan penggunaan perakuan logo halal yang…
Read MoreJakim sahkan sandwic tiada sijil halal
SEPANG 13 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic ‘ham dan keju’ yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Dalam kenyataannya, Jakim berkata, pihaknya selesai melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu dan semakan mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang sijil halal. Justeru, tindakan syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah…
Read MoreAmbil tindakan ‘ham dan cheese halal’
SEPANG 13 Jan. – “Luka lama pun masih belum sembuh, kini ditusuk lagi luka yang baru,” demikian reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh susulan penemuan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). Justeru Dr Muhamad Akmal menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, turut mempersoalkan bagaimana kedai serbaneka KK Mart berkenaan mendapat logo halal yang diletakkan pada bungkusan…
Read MoreBerita pilihan….
Amaran salji lebat berterusan di Poland
WARSAW – Salji lebat diramalkan berterusan melanda kawasan timur, selatan dan tengah Poland dengan kawasan pergunungan dijangka menerima taburan salji paling tinggi. Gunung Tatra kekal bawah amaran runtuhan salji tahap dua hingga pukul 8 malam waktu tempatan, semalam. Taman Negara Tatra menasihati pelancong supaya lebih berhati-hati, sekali gus memberi amaran mengenai keadaan berbahaya di kawasan altitud tinggi, termasuk timbunan salji tebal dan pembentukan ‘cornice’ salji akibat angin kencang. Dalam pada itu, kira-kira 32,000 isi rumah di seluruh Poland, terutama di wilayah utara, terputus bekalan elektrik akibat ribut salji. Seorang pegawai…
Read MoreBantuan kemanusiaan Jerman di Syria
RIYADH – Sebanyak €50 juta (AS$51 juta) diperuntukkan Jerman sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria, kata Menteri Luar Annalena Baerbock di luar satu persidangan di sini semalam. Dana itu akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, serta penjagaan perubatan. Baerbock turut membincangkan prospek melonggarkan beberapa sekatan terhadap Syria tetapi menegaskan, sekatan terhadap anggota rejim bekas pemerintah Syria Bashar al-Assad, yang didakwa melakukan jenayah serius semasa perang saudara, perlu dikekalkan. Kerajaan Jerman juga mencadangkan pendekatan “pintar” kepada Kesatuan…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 13.01.2025
Penjelasan PM lemah, mengelirukan – Pas
KUALA LUMPUR 12 Jan. – Penjelasan Anwar Ibrahim berkenaan Titah Adendum yang melega hukuman ke atas Najib Razak bukan sahaja lemah dan mengelirukan, tetapi berpotensi mencetus konflik undang-undang dan krisis Perlembagaan, selain menghakis keabsahan kerajaan pimpinannya sendiri. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, penjelasan itu hanya dibuat selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri itu untuk mendapat suatu kebenaran (leave) bagi Najib memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Katanya, kerajaan sudah tidak mempunyai pilihan melainkan mengakui kewujudan titah itu setelah hampir satu tahun mengelak untuk mengesahkan kewujudannya. “Cara pengakuan…
Read More