Jangan jumud martabatkan bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta Ahli-ahli Parlimen agar tidak bersikap jumud dalam memperkaya dan memartabatkan bahasa Melayu, memandangkan perbendaharaan kata terus hidup dan sentiasa berkembang. Beliau juga berharap masyarakat dapat menerima perkembangan perbendaharaan Bahasa Melayu  dan tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. “Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Ada yang suatu ketika dahulu kerap digunakan, kini sudah dianggap klasik. “Contohnya, dahulu digunakan tetuang udara namun kini, radio. Dahulu perkataan ujana yang dianggap klasik kini meluas digunakan yang merujuk taman.…

Read More

Gobind kekal wakili DAP dalam Kabinet

BAGAN 11 Nov. – Gobind Singh Deo yang gagal mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Selangor dalam pemilihan parti itu semalam akan terus memainkan peranan penting dalam kepemimpinan DAP di peringkat Pusat. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata biarpun tidak terpilih, Gobind kekal mewakili parti dalam Kabinet sebagai Menteri Digital. Beliau juga menyifatkan kegagalan itu sebagai proses biasa yang mencerminkan semangat demokrasi dan ia tidak bermakna Gobind perlu berundur kerana beliau masih Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP. “Ingin saya tekankan bahawa beliau masih akan mewakili parti dalam Kabinet,” katanya selepas menyaksikan…

Read More

Negara ganjil, amalan terbalik

PUTRAJAYA 11 Nov. – Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dalam hantaran di media sosialnya secara sinis menceritakan mengenai sebuah ‘negara  ganjil kerana amalannya terbalik. Menurut beliau, ianya terbalik kerana yang baik dikatakan buruk dan yang benar menjadi bohong, yang bohong menjadi benar. “Yang kanan dikatakan kiri. Yang kiri jadi kanan. Undang-undang juga demikian. Pelaksanaan undang-undang istimewa kerana yang salah dibebaskan dan yang bersih didakwa, disiasat untuk dihukum,” tulis beliau. Susulan itu,  bergelutlah rakyat melaku kesalahan untuk menyelamat diri mereka. “Mereka mencuri, menerima sogokan dan menipu. Jumlah mereka begitu ramai dan…

Read More

Cari penyelesaian tuntas isu buli

KUALA LUMPUR  11 Nov. – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengemukakan usul tergempar ke Parlimen, hari ini, untuk mencari penyelesaian tuntas terhadap isu buli yang membimbangkan di negara ini. “Buli sudah sistemik dan dinormalisasikan di UPNM. Pelajar dibunuh dengan kejam depan ramai orang. “Pelajar didera pada siang hari di tempat terbuka. Pelajar ditekap dengan seterika dan dikatakan ‘jenaka’ sahaja. This is ridiculous (Ini mengarut),” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya. Beliau turut menyertakan gambar dokumen usul tergempar bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan…

Read More

Mohd Dusuki Peguam Negara baharu

PUTRAJAYA 11 Nov. – Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu, berkuat kuasa esok. Mohd Dusuki, 57 menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, 56 yang memegang jawatan itu mulai 6 September 2023 dan kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Mohd Dusuki selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dilahirkan di Machang, Kelantan, Mohd Dusuki adalah lukusan…

Read More

Takiyuddin minta penjelasan Azalina

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, diminta membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataannya yang didakwa mengelirukan mengenai Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika membangkitkan peraturan 36(12) menjelaskan bahawa Azalina membuat kenyataan tidak berfakta dan mengelirukan apabila menyatakan menteri bertanggungjawab dalam sekretariat Lembaga Pengampunan membabitkan kes Datuk Seri Najib Razak adalah Menteri Wilayah. Kenyataan itu, katanya dibuat Azalina ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar mewakili kementeriannya.…

Read More

Perkukuh kefahaman terhadap hadis

PUTRAJAYA 11 Nov – Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 yang sedang berlangsung di sini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan yang bercita-cita memupuk nilai kesatuan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, penganjuran majlis itu juga untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap hadis Nabi Muhammad SAW. Beliau berkata penganjuran itu turut menyahut ajaran agama Islam yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan, ilmu rohani dan duniawi kerana ia menjadi asas pembinaan tamadun manusia. “ Ia turut melonjakkan…

Read More

Lebih 30 maut akibat serangan Israel

BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh akibat serangan Israel di utara Gaza manakala satu lagi serangan di selatan ibu kota Syria, Damsyik mengorbankan sembilan orang termasuk seorang komander Hizbullah. Menurut agensi pertahanan awam di Semenanjung Gaza, 13 kanak-kanak adalah antara 30 orang yang terbunuh akibat serangan Israel di utara wilayah itu. Serangan pertama memusnahkan rumah di Jabalia, membunuh sekurang-kurangnya 25 mangsa termasuk 13 kanak-kanak selain mencederakan lebih 30 orang. Pada sekitar pukul 6 pagi, ‘terdapat satu letupan yang sangat besar’ di rumah keluarga Alloush, di mana semua mayat sudah berkecai…

Read More

Netanyahu luluskan serangan alat kelui

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengakui,  beliau meluluskan serangan maut pada 15 September lalu menggunakan alat kelui Hizbullah yang meletup di Lebanon. Hizbullah sebelum ini menyalahkan musuh utamanya, Israel, berhubung letupan alat kelui yang menjejaskan kumpulan pejuang disokong Iran itu dan bersumpah untuk membalas dendam. Peranti bimbit yang digunakan oleh operatif Hizbullah meletup selama dua hari berturut-turut, bermula 15 September lalu, di pasar raya, jalan raya dan upacara pengebumian. Serangan itu mengorbankan hampir 40 orang dan mencederakan lebih 3,000 yang lain, dilancarkan mengiringi operasi ketenteraan Israel yang sedang…

Read More