KUALA LUMPUR 12 Nov. – Malaysia sudah menyumbangkan sejumlah RM45 juta kepada rakyat Palestin di Gaza sejak serangan Israel pada 7 Oktober 2023, kata Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin. Beliau berkata sumbangan itu disalurkan melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO). Katanya lebih 5,000 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia sudah dihantar ke Gaza melalui sempadan Rafah sejak Oktober 2023. “Situasi kini semakin mencabar selepas pintu sempadan Rafah ditutup sejak 7 Mei lalu dan kini, satu-satunya laluan bantuan yang masih beroperasi adalah…
Read MoreYear: 2024
Penuntut ALK kes buli mungkin dihentikan
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Penuntut Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit kes buli ke atas seorang pelajar junior yang ditekap dengan seterika, baru-baru ini berkemungkinan diberhentikan pengajian. Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, berkata siasatan berkait insiden itu sudah pun selesai dijalankan dan lembaga siasatan Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan memutuskan hukuman ke atas pelajar terbabit hari ini. Beliau menegaskan, tidak ada kompromi dalam soal disiplin kerana ‘ragging’ orientasi bukan satu perkara yang baharu di mana-mana, namun tidak pernah melibatkan soal kekerasan. “Oleh itu, mana-mana (kes…
Read MoreOrang kerajaan’ buat kerja ikut peraturan
SEPANG 12 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya semua penjawat awam menjalankan tugas mengikut undang-undang dan tidak melanggar peraturan, kata Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar. Katanya, Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian ketika beliau diterima menghadap baginda di Istana Negara pagi ini. “Pagi tadi saya diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Yang di-Pertuan Agong bertitah orang kerajaan buatlah kerja ikut peraturan dan jangan langgar peraturan. “Yang di-Pertuan Agong bertitah pegawai kerajaan tetap ada dalam kerajaan, ahli politik ‘come and go’ (datang dan pergi), ‘even’…
Read MoreLatihan keras biasa tetapi tidak ke tahap buli
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu Kementerian Pertahanan mengambil serius kes buli yang sudah beberapa kali berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Sultan Ibrahim menerusi akaun Facebook rasmi baginda, hari ini bertitah kes buli di ALK UPNM bukan pertama kali dilaporkan berlaku, malah sebelum ini sudah terjadi beberapa kali sehingga meragut nyawa. Titah baginda, budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pelajar tetapi juga mencemarkan reputasi institusi pengajian tinggi di negara ini. Baginda yang memandang serius…
Read MoreTeliti semula cadangan naik harga makanan
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memahami beban ditanggung pengusaha restoran tetapi cadangan menaikkan harga makanan bermula lima peratus perlu diteliti semula. Presidennya, Jawahar Ali Taib Khan, berkata cadangan itu dikhuatiri mempengaruhi daya saing pengusaha restoran serta memberi beban tambahan kepada pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah. Semalam, Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim dilaporkan berkata kenaikan itu susulan peningkatan kos operasi disebabkan kenaikan berterusan harga bahan mentah serta pelaksanaan gaji minimum RM1,700 mulai Februari depan. Katanya, kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim…
Read More2.7 juta patut bayar balik RM32.29 bilion
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Sebanyak RM32.29 bilion pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berada dalam kategori ‘sepatutnya dibayar balik’ oleh 2,716,110 peminjam seperti direkodkan sehingga 31 Disember lalu. Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Dr Zambry Abd Kadir, berkata sehingga tempoh itu juga, PTPTN sudah meluluskan 3,951,404 pinjaman dengan jumlah keseluruhan dikeluarkan sebanyak RM71.3 bilion. “Daripada jumlah itu, sebanyak 2,716,110 pinjaman sudah patut mula dibayar balik dengan amaun patut bayar balik keseluruhan berjumlah RM32.29 bilion,” katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen. Beliau menjawab soalan Pang Hok…
Read MoreBerita pilihan…
ICA jangka sesak musim cuti akhir tahun
SINGAPURA 12 Nov. – Lebih lima juta pengembara melintasi pos pemeriksaan Woodlands dan Tuas, yang menghubungkan Singapura dengan Malaysia semasa cuti sekolah, mulai 30 Ogos hingga 8 September lepas. Menurut Pihak Berkuasa Imigresen Pusat Pemeriksaan (ICA), jumlah pengembara paling ramai adalah pada 6 September, dengan rekod lebih daripada 543,000 orang setiap hari. Keadaan itu menyebabkan pengembara yang menaiki kereta dan berlepas pada waktu puncak terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk pemeriksaan imigresen. Justeru ICA dalam satu kenyataan semalam menjangkakan pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands di Singapura akan sesak semasa cuti…
Read MoreTerjemah ikrar sokongan dengan tindakan
GAZA – Pergerakan Islam Palestin, Hamas, menggesa negara-negara Arab dan Islam menterjemahkan ikrar sokongan mereka kepada tindakan dan mengambil langkah untuk menghentikan “serangan” Israel. Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitumaqdis sebagai ibu negaranya memerlukan usaha segera. “Penyelesaian praktikal untuk mendesak (Israel) menghentikan serangan dan genosid terhadap rakyat kami,” kata Hamas dalam kenyataan selepas pemimpin Arab dan Islam berkumpul pada Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh semalam. Sidang kemuncak itu antara lain menuntut Israel mengundurkan diri dari wilayah Palestin yang diduduki sebagai prasyarat untuk keamanan serantau.
Read More