PUTRAJAYA 11 Nov. – Mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dalam hantaran di media sosialnya secara sinis menceritakan mengenai sebuah ‘negara ganjil kerana amalannya terbalik.
Menurut beliau, ianya terbalik kerana yang baik dikatakan buruk dan yang benar menjadi bohong, yang bohong menjadi benar.
“Yang kanan dikatakan kiri. Yang kiri jadi kanan. Undang-undang juga demikian. Pelaksanaan undang-undang istimewa kerana yang salah dibebaskan dan yang bersih didakwa, disiasat untuk dihukum,” tulis beliau.
Susulan itu, bergelutlah rakyat melaku kesalahan untuk menyelamat diri mereka.
“Mereka mencuri, menerima sogokan dan menipu. Jumlah mereka begitu ramai dan tidak ada penjara untuk kurung mereka. Tetapi tidak mengapa. Kerana yang salah tidak perlu dipenjara.
Yang bersih sahaja yang akan dimasuk ke dalam penjara. Mereka tidak ramai.
Maka bergelutlah Jabatan siasatan menyiasat orang yang tidak salah. Masa dan dana dihabiskan,” katanya.
.Menurut Dr Mahathir, istimewa sungguh Negara bertuah tersebut dan pemimpinnya pun terpuji dan dipuji setiap hari dalam akhbar dan semua media termasuk media sosial.
“Syabas Negara terbalik,” kata Dr Mahathir.
