390 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 11 Mac – Arab Saudi merekodkan 390 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah keseluruhan 381,348.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan enam lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,551 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 267 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada pertambahan kes pulih sebanyak 371,850 orang.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 164 kes diikuti daerah Timur 66 kes dan Makkah 48 kes.

Terdapat 2,947 kes aktif di mana 538 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment