KUALA LUMPUR 5 Dis . – Tindakan Mohamad Nizar membuat afidavit tambahan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya berkaitan hukuman tahanan rumah ke atas bapanya, Najib Razak, adalah berlandaskan fakta dan kebenaran. Adiknya, Nooryana Najwa, berkata sebagai Exco Pahang, abangnya tidak akan memfitnah sultan negeri sendiri dan bekas Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan membuat afidavit menipu serta menyerahkan salinan titah adendum melibatkan nama YDPA ketika itu. Menurut Nooryana, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah, dan bukan untuk ditularkan di media sosial.…
Read MoreYear: 2024
Najib kemuka bukti baharu titah adendum
PUTRAJAYA 5 Dis. – Najib Razak memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya bagi menyokong dakwaannya tentang kewujudan Titah adendum diraja yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun kepada tahanan di rumah. Peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini bahawa permohonan terbabit difailkan pada 3 Disember lalu. Beliau berkata mahkamah perlu mendengar permohonan membawa bukti tambahan terlebih dahulu, dengan menambah bahawa prosiding rayuan yang dijadualkan hari ini tidak dapat diteruskan. Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili kerajaan Malaysia dan…
Read MoreRCI syor siasatan jenayah terhadap Dr M
KUALA LUMPUR 5 Dis. – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Syor berkenaan terkandung dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini. Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu telah diserahkan…
Read MoreAwang ‘hina Speaker’ digantung 10 hari
KUALA LUMPUR 5 Dis. – Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat hari ini serta digantung 10 hari kerana mengeluarkan dakwaan negatif terhadap Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul menerusi aplikasi TikTok pada 18 Julai lalu. Tindakan itu diambil susulan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada Pas itu tidak menarik balik atau membuat permohonan maaf susulan tindakan terbabit. Johari berkata, beliau sudah mengemukakan surat kepada Awang pada 22 Julai lalu supaya menarik balik ucapan berkenaan dan membuat permohonan maaf, tetapi sehingga hari ini belum ada tindakan. “Tindakan Pendang adalah…
Read MoreKenyataan palsu tidak bertanggungjawab
KUALA LUMPUR 5 Dis. – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menafikan kenyataan palsu yang mendakwa Pas mengharamkan negeri-negeri yang ditadbir parti itu menerima bantuan daripada pihak luar. Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Yahaya berkata, DUPP tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Ahmad menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan DUPP mengharapkan agar semua pihak tidak termakan dengan fitnah yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak. “Mereka barangkali terlupa bahawa setiap perbuatan manusia dicatat disisi-Nya dan tidak akan terlepas daripada pengetahuan Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan. DUPP katanya sentiasa…
Read MoreBerita pilihan…
Lawrence Wong Setiausaha Agung PAP
SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengumumkan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat baharunya semalam di mana Perdana Menteri Lawrence Wong secara rasmi dilantik sebagai Setiausaha Agung parti tersebut. Beliau menggantikan Menteri Kanan Lee Hsien Loong, yang kekal sebagai anggota jawatankuasa. “CEC melahirkan penghargaannya kepada Lee Hsien Loong atas kepemimpinan dan perkhidmatannya selama bertahun-tahun kepada Parti dan Singapura,” kata parti itu dalam satu kenyataan media. Empat anggota baharu turut dilantik iaitu Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng, Menteri Negara Kanan Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara Sim Ann, Datuk Bandar Daerah Timur Laut…
Read MorePM Perancis tersingkir
PARIS – Perdana Menteri Perancis Michel Barnier yang dilantik ke jawatan itu tiga bulan lalu disingkirkan daripada jawatannya selepas Ahli Parlimen bersatu menyokong usul tidak percaya terhadap ahli politik veteran itu. Beliau terpaksa meletak jawatan setelah 331 daripada 577 Ahli Parlimen mengundi menentang kerajaan Barnier, selepas percubaannya untuk meluluskan bajet tahunan kerajaannya pada Isnin lalu. Penyingkiran ini menjadikan Barnier Perdana Menteri Perancis pertama yang digulingkan dalam undi tidak percaya sejak 1962. Barnier memberitahu Ahli Parlimen tindakan menyingkirkan beliau tidak akan menyelesaikan masalah kewangan negara. Dalam perkembangan sama, Ketua Perhimpunan Kebangsaan…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 05.12.2024
Tomyam Kung dalam senarai UNESCO
BANGKOK 4 Dis. – Tomyam Kung, makanan popular Thailand kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Penyenaraian sup masam pedas yang mengandungi herba tempatan itu dibuat semasa sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara di Asuncion, Paraguay pada Selasa lalu. Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra menyifatkan pengiktirafan itu sebagai pencapaian penting dalam meningkatkan kesedaran tentang warisan budaya tidak ketara serta peranannya sebagai pemacu dan menjamin pembangunan mampan. Katanya , Tomyam Kung adalah hidangan…
Read More