SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengumumkan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat baharunya semalam di mana Perdana Menteri Lawrence Wong secara rasmi dilantik sebagai Setiausaha Agung parti tersebut.
Beliau menggantikan Menteri Kanan Lee Hsien Loong, yang kekal sebagai anggota jawatankuasa.
“CEC melahirkan penghargaannya kepada Lee Hsien Loong atas kepemimpinan dan perkhidmatannya selama bertahun-tahun kepada Parti dan Singapura,” kata parti itu dalam satu kenyataan media.
Empat anggota baharu turut dilantik iaitu Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng, Menteri Negara Kanan Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara Sim Ann, Datuk Bandar Daerah Timur Laut dan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines Desmond Choo serta mantan AP Lam Pin Min.
Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat dilantik menyertai CEC pada 24 November.
CEC turut memilih pemegang jawatan dan senarai CEC
- Pengerusi: Heng Swee Keat
- Naib pengerusi: Masagos Zulkifli
- Setiausaha Agung: Lawrence Wong
- Penolong Setiausaha Agung: Chan Chun Sing, Encik Desmond Lee
- Bendahari: Encik K. Shanmugam
- Penolong Bendahari: Ong Ye Kung
- Setiausaha Penganjur: Grace Fu, Encik Edwin Tong
- Anggota: Chee Hong Tat, Desmond Choo, Indranee Rajah, Lam Pin Min, Lee Hsien Loong, Ng Chee Meng, Sim Ann, Dr Tan See Leng dan Dr Vivian Balakrishnan
