BEIRUT – Pemerintahan Presiden, Bashar al-Assad menerima tamparan hebat selepas tentera Syria hilang kawalan ke atas bandar-bandar utama, terkini bandar Daraa yang dirampas pemberontak. Sebuah badan pemantau perang memberitahu, Daraa digelar “puncak revolusi” pada awal perang saudara Syria, selepas aktivis menuduh kerajaan menahan dan menyeksa sekumpulan budak lelaki kerana menconteng grafiti anti-Assad di dinding sekolah mereka pada 2011. Menurut Syrian Observatory for Human Rights, beberapa hari lalu, Aleppo dan Hama, dua bandar utama lain yang diambil daripada kawalan kerajaan jatuh ke tangan pakatan pemberontak yang diketuai pemberontak dan kini Daraa…
Read MoreYear: 2024
29 terbunuh serangan di hospital
BAITULMAQDIS – Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam satu siri serangan udara di kawasan utara dan barat Hospital Kamal Adwan di utara Gaza. Pengarah Hospital, Dr Hossam Abu Safieh, melaporkan empat kakitangan terbunuh, sementara semua pakar bedah sudah tiada susulan serangan terbaru. Menurut saksi ditempat kejadian, pesakit dan kakitangan di Hospital Kamal Adwan diselubungi darah selepas beberapa serangan dron Israel. Tentera Israel bagaimanapun menafikan serangan itu dan menyatakan mereka hanya beroperasi di kawasan berhampiran. Hospital kini hanya beroperasi secara minimum dengan bekalan perubatan kritikal telah habis. Beit Lahia, lokasi hospital, menjadi…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 07.12.2024
Ajaran sesat ancaman membimbangkan
KLANG 6 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah masalah ajaran sesat ketika ini amat membimbangkan, menjadi ancaman serius yang bukan hanya mencemari kesucian Islam malah boleh memecah-belah perpaduan umat. Titah baginda penyimpangan akidah tidak boleh dipandang remeh kerana masalah itu ‘ibarat api dalam sekam’ yang boleh marak tanpa disedari. “Dalam dunia akhir zaman ini, fitnah dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam begitu bermahajaralela menyebabkan umat Islam mudah sesat dan terjerumus ke dalam ajaran-ajaran menyeleweng,” titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah demikian berkenan merasmikan Masjid Jamek Cina Muslim Klang,…
Read MoreNazifuddin pula bersuara isu titah addendum
LANGKAWI 6 Dis. – Mohd Nazifuddin Najib mempersoalkan mengapa mereka yang terlibat secara terus perihal titah addendum pengampunan ayahandanya, bekas Perdana Menteri Najib Razak perlu menyembunyikan kebenaran. Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu turut tertanya-tanya tentang niat sebenar mereka yang berkenaan sedangkan tindakan tersebut hanya mendedahkan betapa rendahnya integriti dalam sistem yang ada pada hari ini. “Titah adendum ayahanda telah dikeluarkan, malah tersebar melata di media sosial membawa bukti yang jelas dan kuat. Keputusan ini mengukuhkan lagi haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan setimpal,” katanya. Menerusi hantaran di Facebooknya, Mohd…
Read MoreKesalahan serah kedaulatan pengkhianatan
PUTRAJAYA 6 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan sebarang kesalahan dalam soal menyerahkan kedaulatan termasuk terkait isu pulau Batu Puteh, adalah pengkhianatan besar kepada negara. Tanpa merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad, beliau berkata, pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu jelas menunjukkan wujud kelemahan dan bukan perkara ringan. Tegas Anwar, setiap inci tanah milik negara sepatutnya diperjuangkan secara habis-habisan dan, sebarang tindakan susulan harus diserahkan mengikut proses undang-undang yang perlu dihormati. RCI itu mendedahkan kelemahan,…
Read MoreBerita pilihan…
Muhammad nama popular di England
LONDON – Lebih 4,600 bayi lelaki didaftarkan dengan nama Muhammad di England dan Wales pada tahun lepas, demikian menurut laporan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS). Muhammad menjadi nama pilihan paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah. Mengikut rekod, nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016. Menurut angka ONS, selepas Muhammad dan Noah ia diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki. Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang…
Read MoreHanas bentuk jawatankuasa bersama
GAZA – Hamas menerima cadangan Mesir untuk membentuk jawatankuasa bersama Palestin bagi mentadbir Semenanjung Gaza selepas perang Israel yang berterusan. Dalam satu kenyataan, Hamas berkata ia telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan Fatah di Kaherah untuk membentuk jawatankuasa bagi mengurus Gaza melalui pelaksanaan rangka kerja yang dipersetujui sebelum ini untuk mencapai perpaduan Palestin. Menurut Hamas, delegasinya di Kaherah juga telah mengadakan perbincangan dengan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP), satu lagi kumpulan Palestin, untuk membincangkan perkembangan di Gaza dan Tebing Barat. Mesyuarat tambahan telah diadakan dengan tokoh terkemuka Palestin, di mana…
Read More