PM Perancis tersingkir

PARIS – Perdana Menteri Perancis Michel Barnier yang dilantik ke jawatan itu tiga bulan lalu disingkirkan daripada jawatannya selepas Ahli Parlimen bersatu menyokong usul tidak percaya terhadap ahli politik veteran itu.

Beliau terpaksa meletak jawatan setelah 331 daripada 577 Ahli Parlimen mengundi menentang kerajaan Barnier, selepas percubaannya untuk meluluskan bajet tahunan kerajaannya pada Isnin lalu.

Penyingkiran ini menjadikan Barnier Perdana Menteri Perancis pertama yang digulingkan dalam undi tidak percaya sejak 1962.

Barnier memberitahu Ahli Parlimen tindakan menyingkirkan beliau tidak akan menyelesaikan masalah kewangan negara.

Dalam perkembangan sama, Ketua Perhimpunan Kebangsaan sayap kanan, Marine Le Pen menolak kenyataan Barnier dan menyifatkan bajet Perdana Menteri itu sebagai “toksik.”

Bagaimanapun Barnier yang akan mengemukakan peletakan jawatannya pagi esok dijangka akan berkhidmat sementara sehingga Presiden Emmanuel Macron menemui pengganti.

Dalam pada itu, Istana Elysee dalam kenyataannya memaklumkan Macron juga dijangka menyampaikan perutusan khas kepada seluruh rakyat Perancis pada pukul 8 malam Khamis (waktu tempatan).

Nnn

Related posts

Leave a Comment