Kenyataan palsu tidak bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 5 Dis. – Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menafikan kenyataan palsu yang mendakwa Pas mengharamkan negeri-negeri yang ditadbir parti itu menerima bantuan daripada pihak luar.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ahmad Yahaya berkata, DUPP tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Ahmad menyifatkan ia suatu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab dan DUPP mengharapkan agar semua pihak tidak termakan dengan fitnah yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak.

“Mereka barangkali terlupa bahawa setiap perbuatan manusia dicatat disisi-Nya dan tidak akan terlepas daripada pengetahuan Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan.

DUPP katanya sentiasa mengalu-alukan semua pihak membantu mangsa-mangsa banjir tidak kira apa jua latar belakang mereka.

“Sesungguhnya setiap amal kita dikira sebagai ibadat meskipun sekecil zarah, insyAllah,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment