WTCKL galakkan pelitup muka

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) masih menggalakkan pengunjungnya untuk memakai pelitup muka sekiranya mengunjungi premis berkenaan, kata Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL,  Dr Irmohizam Ibrahim.

Beliau berkata pihaknya juga akan meningkatkan pelaksanaan langkah keselamatan seperti kekerapan sanitasi dan pembersihan fasiliti di WTCKL.

Katanya, penggunaan pelitup muka tetap digalakkan bagi rakan perniagaan dan pengunjung bagi memastikan keselamatan semua pihak sepanjang berada di dalam premis , dan memastikan pengalaman yang baik di WTCKL

“Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) keselamatan operasi kami akan dikekalkan, di mana kakitangan WTCKL akan terus memakai sarung tangan dan pelitup muka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Irmohizam, WTCKL juga bekerjasama rapat dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dalam menilai kualiti udara dalam WTCKL bagi memastikan persekitaran yang selamat.

“Memandangkan kerajaan membenarkan kapasiti penuh bagi acara di dalam dewan, kami akan meningkatkan kekerapan langkah keselamatan, seperti kekerapan sanitasi semua titik sentuhan serta pembersihan fasiliti WTCKL,” katanya.

Related posts

Leave a Comment