SEPANG 16 Okt. – Sayap UMNO iaitu Pemuda dan Puteri tampil mempersoalkan kenyataan Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendakwa, beliau diarah untuk tidak mencabar kiraan semula undi kawasan Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh berkata, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu tidak perlu membuat spekulasi murahan seperti itu seolah-olah memberikan kemenangan kepada Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, proses pilihan raya ada undang-undang yang memberi ruang kepada calon membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tidak berpuas hati pada masa yang ditetapkan.…
Read MoreDay: October 16, 2024
Tanya sama Sam apa sebab ‘goncang’
APA cerita? Tiba-tiba nama Bagan Datuk, kawasan pilihan raya Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi sebutan terutama dalam kalangan orang politik sama ada melibatkan parti pendokong kerajaan Perpaduan atau Perikatan Nasional (PN). Ada dua cerita menarik dalam beberapa hari ini. Pertamanya cerita yang ‘diriwayatkan’ atau ‘dikisahkan’ oleh Shamsul Iskandar Md Akin, mengenai ‘pengorbanannya’ pada malam keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Cerita kedua apabila khabar dari Bagan Datuk membawa kisah Abdul Hakim, adik Ahmad Zahid meninggalkan UMNO yang diterajui abangnya untuk menyertai Pas. Bagaimanapun dalam sesebuah keluarga ada yang berbeza parti…
Read MoreAda pihak ‘intai’ kanak-kanak GISB
PUTRAJAYA 16 Okt. – Terdapat pihak ‘mengintai’ rumah perlindungan menempatkan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri hari ini yang mendedahkan demikian bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada perbuatan itu dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan atau sebaliknya. “Kita dapat memerhati tempat-tempat kita (rumah perlindungan), ada orang yang mengintai di luar sana. Kita tidak tahu sama ada ini ibu bapa atau siapa. Sebab itu kita perlu pastikan tempat itu betul-betul selamat,” katanya. Beliau berkata demikian…
Read MoreAnak Najib ahli lembaga MATRADE
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Nooryana Najwa anak bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilantik sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang baharu. Pengerusi MATRADE, Reezal Merican Naina Merican mengumumkan demikian menerusi hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE 2024. Beliau turut mengumumkan pelantikan dua Ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu Hairil Yahri Yaacob dan Mastura Abdul Karim. “Saya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE 2024 bagi menilai hala tuju semasa dan rancangan yang akan dilaksanakan MATRADE tahun ini. “Sebelum mesyuarat bermula, saya menyampaikan surat pelantikan kepada Ahli…
Read MoreTiada bom dalam pesawat Air India Express
SINGAPURA 16 Okt. – Polis mengesahkan tiada bom dalam pesawat Air India Express menuju ke Singapura dari India selepas menyelesaikan pemeriksaan keselamatan ke atas penerbangan tambang murah itu di Lapangan Terbang Changi. Pesawat itu selamat mendarat lebih sejam selepas jadual ketibaannya. Terdahulu syarikat penerbangan itu menerima e-mel mengenai dakwaan ancaman bom dalam penerbangan AXB684 dari Madurai, bandar selatan India yang kemudiannya diiringi dua a jet pejuang F-15 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) Menurut polis, mereka dimaklumkan mengenai ancaman bom itu pada pukul 8.25 malam dan menyelesaikan pemeriksaan selepas pesawat mendarat.…
Read MoreHanya 30 peratus alami kelewatan
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Hampir 30 peratus daripada keseluruhan 315,388 penerbangan dijadualkan antara Januari hingga Ogos lalu, menghadapi masalah kelewatan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Katanya, 90.2 peratus daripada jumlah itu dilapor ditangguhkan kurang dari dua jam manakala bakinya menghadapi kelewatan melebihi tempoh berkenaan. Daripada jumlah keseluruhan kelewatan itu, hanya 258,112 daripada keseluruhan penerbangan yang dijadualkan dalam tempoh dinyatakan, dioperasikan oleh syarikat penerbangan domestik. “Bagi menangani isu kelewatan dan pembatalan (penerbangan) ini, kementerian dan MAVCOM (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) pada April lalu, menetapkan 85 peratus sasaran OTP (‘On-time Performance’). Selain…
Read More25,214 NTL dikeluarkan kepada warga asing
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Sebanyak 25,214 Notis Penolakan Masuk (NTL) dikeluarkan kepada warga asing pelbagai negara bagi tempoh Januari hingga September lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata, ia adalah usaha dilaksanakan Kementerian Dalam negeri (KDN) untuk mengetatkan pemeriksaan di pintu masuk negara, termasuk bagi membanteras sindiket ‘counter setting’. Katanya, kerjasama anggota dan pegawai penguatkuasaan pelbagai agensi juga berjaya membongkar 47 sindiket ‘counter setting’ dengan 1,285 anggota dan pendatang tanpa izin (PATI) ditahan tahun ini. Beliau berkata, pengawasan dan kesediaan terhadap pegawai yang bertugas di kaunter…
Read MoreTun M ke IJN, kes saman Zahid ditangguh
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perbicaraan kes saman Dr Mahathir Mohamad terhadap Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan kepada 29 dan 30 Oktober. Penangguhan itu susulan bekas Perdana Menteri berusia 99 tahun itu dikejarkan ke ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lewat petang semalam dan diberi cuti sakit sehingga 25 Oktober. Perkara itu dimaklumkan peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathir selaku plaintif ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong di Mahkamah Tinggi, di sini…
Read MoreAmbil langkah keselamatan elektrik
PUTRAJAYA 16 Okt. – Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan elektrik serta gas pada musim banjir. Menurut ST, pelbagai risiko boleh mengancam keselamatan, antaranya tiang elektrik tumbang, talian elektrik terputus dan kerosakan kelengkapan elektrik dan gas. Dalam satu kenyataan hari ini, ST menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah pengawasan sebelum banjir, semasa dan selepas banjir. Sekiranya diarah berpindah, orang ramai perlu memastikan kelengkapan elektrik disimpan di tempat tinggi dan selamat daripada ditenggelami air banjir serta matikan suis bekalan utama di papan agihan elektrik. “Pepasangan elektrik yang…
Read More