KUALA LUMPUR 16 Okt. – Nooryana Najwa anak bekas Perdana Menteri, Najib Razak dilantik sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang baharu.
Pengerusi MATRADE, Reezal Merican Naina Merican mengumumkan demikian menerusi hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE 2024.
Beliau turut mengumumkan pelantikan dua Ahli Lembaga Pengarah baharu iaitu Hairil Yahri Yaacob dan Mastura Abdul Karim.
“Saya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah MATRADE 2024 bagi menilai hala tuju semasa dan rancangan yang akan dilaksanakan MATRADE tahun ini.
“Sebelum mesyuarat bermula, saya menyampaikan surat pelantikan kepada Ahli Lembaga Pengarah MATRADE yang baharu iaitu Nooryana Najwa dan menyaksikan ikrar antirasuah beliau bersama Hairil Yahri dan Mastura,” katanya.
