KUALA LUMPUR 31 Okt. – Anwar Ibrahim meminta pemimpin dan rakyat sama-sama berganding bahu membawa Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik. Perdana Menteri berkata, jika terdapat sebarang kelemahan atau kekurangan dalam pentadbiran kerajaan, rakyat perlu memberitahu kepada menteri dan pemimpin supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan. Sempena sambutan Deepavali hari ini, beliau berharap ia memberi ruang kepada rakyat pelbagai kaum menyemarakkan semangat perjuangan. “Kita tahu semangat Deepavali ini menyemarakkan cahaya menggantikan kegelapan. Semoga semangat Deepavali memberi ruang kepada kita untuk membawa Malaysia ke arah cahaya yang lebih gemerlapan,” katanya. Beliau…
Read MoreMonth: October 2024
ATM tidak kompromi kes dera kadet UPNM
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior. Dalam satu kenyataan, ATM memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM dipercayai didera oleh seniornya dengan menekap seterika pada bahagian dada mangsa sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular dalam media sosial. “Siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap…
Read MoreSukar mencari sahabat sejati – Najib
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Najib Razak yang diarah membela diri berkaitan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui sukar mencari sahabat sejati ketika berhadapan waktu sukar. Melalui hantaran di Facebooknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar. “Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan. Ada yang bermuka-muka. Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan,” katanya. Pada masa sama, Najib yang mula didakwa pada September 2018 turut menghargai sesetengah sahabatnya yang…
Read MoreBerita pilihan…
Keluaran semalam..
Read MoreBritain kesan kes pertama mpox clade lb
LONDON – Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) mengesan kes pertama varian baharu Mpox clade Ib, yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Ogos lalu. Bagaimanapun risiko virus berkenaan yang merebak ke negara jiran di Afrika selepas wabak di Republik Demokratik Congo kekal pada tahap rendah. Menurut UKHSA, kes berkenaan membabitkan seorang pesakit yang baru-baru ini mengembara ke negara berisiko di Afrika, dikesan di London dan individu berkenaan telah dipindahkan ke hospital pakar. “Kontak rapat kes berkenaan kini sedang dipantau oleh UKHSA dan organisasi rakan kongsi,” katanya.…
Read MoreIsyarat positif gencatan senjata di Lubnan
BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati mendakwa, wakil khas Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein, memberi isyarat positif dalam panggilan telefon semalam bahawa gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hizbullah mungkin tercapai sebelum Pilihan Raya Presiden AS pada 5 November depan. Mikati dalam satu wawancara yang disiarkan oleh stesen penyiaran Lubnan, Al-Jadeed berkata, mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencapai gencatan senjata dalam beberapa jam atau hari. Katanya, Hizbullah tidak lagi mengaitkan gencatan senjata di Lubnan dengan gencatan senjata di Gaza, namun mengkritik kumpulan itu atas penarikan lewat pendiriannya. Sebelum…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 31.10.2024
TIADA PENERBITAN AKHBAR UTAMA HARI INI SEMPENA DEEPAVALI
Read MoreWISE dijangka kurang kesesakan PLUS
KUALA LUMPUR 30 Okt. – Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan Gopeng ke Kuala Kangsar di Perak sehingga 40 peratus. Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata projek menelan belanja kira-kira RM6.2 bilion itu dijangka siap pada 2028. Jajaran Lebuhraya WISE menyediakan laluan alternatif kepada pengguna Terowong Menora yang sering menghadapi kesesakan disebabkan oleh bilangan kenderaan berat yang tinggi. Ini berdasarkan profil dan topografi berbukit di kawasan Gopeng ke Kuala Kangsar, Lebuhraya PLUS yang memperlahankan pergerakan kenderaan…
Read MoreJika menang boleh cuba nasi goreng USA
PUTRAJAYA 30 Okt. – “Kami tidak tahu bahawa seorang calon dari Malaysia bertanding untuk jawatan Presiden AS (Amerika Syarikat),”, kata Menteri Luar Mohamad Hasan melalui media sosial. Beliau memberi reaksi berjenaka terhadap dakwaan bahawa calon Presiden AS Kamala Harris mempunyai asal-usul keturunan di Malaysia seperti dakwaan pengulas politik AS, Tucker Carlson semasa perhimpunan bagi bekas Presiden, Donald Trump pada 27 Oktober lalu. Dakwaan itu mencetuskan rasa tidak percaya dan melucukan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang terkejut apabila nama negara disebut dalam kempen pilihan raya AS. “Jika Puan Kamala menang, kami…
Read MoreUMNO, BN harap Najib dapat keadilan
KUALA LUMPUR 30 Okt. – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Najib Razak bagi memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan. Presiden UMNO merangkap. Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai sahabat, beliau yakin Najib berada di pihak yang benar. “Mewakili UMNO dan Barisan Nasional juga sebagai seorang sahabat, kami yakin Datuk Seri Najib berada di pihak yang benar. Kami akan terus memberikan sokongan untuk memastikan beliau mendapat keadilan. Kami juga akan sentiasa mendoakan agar pelaku sebenar di sebalik penyelewengan 1MDB dibawa ke muka pengadilan,…
Read More