Sukar mencari sahabat sejati – Najib

KUALA LUMPUR 31 Okt. –  Najib Razak yang diarah membela diri berkaitan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui sukar mencari sahabat sejati ketika berhadapan waktu sukar.

Melalui hantaran di Facebooknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar.

“Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan. Ada yang bermuka-muka. Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan,” katanya.

Pada masa sama, Najib yang mula didakwa pada September 2018 turut menghargai sesetengah sahabatnya yang masih memberi sokongan dengan hadir di mahkamah.

“Bukan sahaja dari pemimpin parti politik, ataupun kenalan.Dilihat begitu ramai dari kalangan penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa dan merindui dasar pentadbiran dahulu. Ikhlas. Inilah yang benar-benar sahabat sejati,” katanya.

“Kerana di masa ini apalah yang ada lagi untuk diberi selain penghargaan dan ucapan terima kasih? Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat,” katanya.

Melalui hantaran itu beberapa keping gambar turut disertakan termasuk kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah

.

Nnn

Related posts

Leave a Comment