Thailand catat 8,850 kes

BANGKOK 31 Okt. – Thailand merekodkan 8,859 kes baharu Covid-19 dan 47 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,912,024 dengan 19,205 orang meninggal dunia.

Sebanyak 8,253 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 1,792,128 orang.

Samut Prakan dan Chon Buri merekodkan enam dan lima kematian manakala Bangkok tiga kematian.

Empat wilayah di Selatan iaitu Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Yala merekodkan 1,809 jangkitan.

Sehingga Sabtu, sebanyak 100,691 orang menerima rawatan di hospital termasuk  2,225 pesakit yang kritikal dan 500 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Sementara itu, 13 kes jangkitan import turut melibatkan lima dari Myanmar dan dua dari Kemboja.

Related posts

Leave a Comment