Prosiding 97 hari, hingga akhir 2025

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Najib Razak akan mula membela diri pada 2 Disember ini terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram. Hakim,  Collin Lawrence Sequerah (kini hakim Mahkamah Rayuan) menetapkan prosiding selama 97 hari hingga akhir tahun 2025, bagi Najib menjawab semua tuduhan berkenaan. Tarikh yang ditetapkan itu ialah pada 2 hingga 6 dan 9-13 Disember ini, 6-10, 13-17, 20-24 Januari; 10-14, 17-21, dan 24-28 Februari; 3-5, 10-13 dan 24-28 Mac; 7-10, 15-17 dan 21-24…

Read More

Najib, pasukan pembelaan kecewa

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pasukan pembelaan Najib Razak kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri dalam kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam, Muhammad Shafee Abdullah, berkata anak guamnya turut berasa sangat kecewa dengan keputusan itu, namun akan bersiap bersedia dengan pembelaaan. “Pertama, kami berasa amat kecewa, anak guam saya sangat kecewa kerana kami telah mengemukakan hujah-hujah yang kami harapkan akan diberi pertimbangan serius. Yang kedua, kami berasakan bahawa banyak bukti yang dipertimbangkan oleh hakim adalah berdasarkan…

Read More

25 tuduhan sah, tidak cacat

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Najib Razak adalah sah, dan tidak cacat. Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian ketika membacakan penghakiman Mahkamah Tinggi, di akhir kes pendakwaan. Sequerah berkata, tuduhan yang dikenakan ke atas Najib tidak kabur dan bekas perdana menteri itu tidak dikelirukan serta tidak diprejudiskan berhubung kesalahan berkenaan. Najib yang juga bekas perdana menteri dan menteri kewangan didakwa dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh…

Read More

Najib diarah bela diri 25 tuduhan

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Bekas Perdana Menteri,  Najib Razak diarahkan untuk membela diri terhadap empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion. Hakim Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dalam alasan penghakimannya berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib. Mengikut kertas pertuduhan, Najib, 71, yang juga bekas Presiden UMNO, didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Terdahulu Najib dilaporkan menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan…

Read More

Malaysia kecam RUU Israel haram UNRWA

PUTRAJAYA 30 Okt. – Malaysia mengecam keputusan rang undang-undang (RUU) Parlimen Israel(Knesset) yang mengharamkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) beroperasi di Wilayah Pendudukan Baitulmaqdis, Tebing Barat dan Gaza. Kementerian Luar dalam satu kenyataan, hari ini, berkata Malaysia mengutuk tindakan berkenaan sebagai serangan terang-terangan terhadap agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Ia merupakan penempelakan serius kepada masyarakat antarabangsa dan kehormatan sesebuah agensi kemanusiaan antarabangsa. “Malaysia menegaskan sekali lagi bahawa rejim Zionis Israel tidak mempunyai kedaulatan ke atas negara Palestin yang dijajah, termasuk Baitulmaqdis, di mana kehadiran…

Read More

Ridhuan Tee Abdullah ulas isu bendera

Perlukah kibar bendera China untuk raikan hubungan diplomatik 50 tahun? Bagaimana dengan hubungan diplomatik dengan 194 negara lain di dunia (tidak termasuk negara Isr@el), perlukah dikibarkan bendera mereka apabila tiba masanya? Sejak bila bendera asing boleh dikibarkan dalam negara sesuka hati, dalam memperingati hubungan diplomatik? Adakah negara kita tidak ada dasar dan undang-undang? Belum reda isu di Teluk Intan, muncul pula di Johor Bahru? Seolah-olah dirancang… Satu lagi, kenapa bendera negara China sahaja yang banyak dikibarkan? Adakah kerana kita ada rakyat berbangsa Cina? Apakah kita mahu rakyat negara kita berkiblatkan…

Read More

Batuk kering paling banyak ragut nyawa

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO) melaporkan batuk kering atau TB kembali menjadi penyakit berjangkit yang paling banyak meragut nyawa, pada tahun lepas. Dalam laporan terbaharunya yang diterbitkan pada 29 Oktober, WHO menyatakan seramai 1.25 juta orang mati berkaitan TB di merata dunia tahun lepas. Bagaimanapun jumlah itu turun sedikit daripada 1.32 juta orang, setahun sebelumnya. Seramai 8.2 juta pesakit baharu TB didiagnos tahun lepas, jumlah yang tertinggi sejak WHO mula memantau TB di peringkat global dalam tahun 1995. Menurut WHO lagi, usaha membanteras TB setakat ini masih jauh daripada mencapai…

Read More

Gencatan dengan syarat Israel undur

KAHERAH – Hamas sedang mengkaji cadangan baharu daripada pengantara untuk menamatkan perang Gaza tetapi pegawai kanannya Sami Abu Zuhri mengulangi bahawa ia harus melibatkan pengunduran tentera Israel sepenuhnya dari kawasan itu. Katanya, Hamas terbuka kepada sebarang perjanjian atau idea yang menamatkan penderitaan rakyat Palestin di Gaza, mencapai gencatan senjata kekal serta pengunduran pendudukan dari seluruh Semenanjung Gaza. Beliau berkata, perjanjian mesti menamatkan sekatan yang diketuai Israel ke atas enklaf itu, membenarkan bantuan tanpa had dan pembinaan semula Gaza serta mencapai pertukaran tebusan Israel di Gaza untuk tahanan Palestin di Israel.…

Read More