53.84 peratus keluar mengundi

KLUANG 28 Sept. – Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ialah 53.84 peratus. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun, berkata, jumlah itu adalah rendah berbanding sasaran lebih 60 peratus. Dalam satu kenyataan, Ramlan turut memaklumkan bahawa keterangan lanjut mengenai keputusan PRK DUN Mahkota boleh diperoleh di https://dashboard.spr.gov.my. PRK itu menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Mahkota melalui calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah, yang menang dengan majoriti besar 20,648 undi. Pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, memperoleh 7,347 undi. Nnnn

Read More

Hizbullah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh

DUBAI – Hizbullah Lubnan mengesahkan,  pemimpinnya Sayyed Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut sehari sebelumnya. Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata ia akan meneruskan pertempurannya terhadap Israel ‘untuk menyokong Gaza dan Palestin, dan dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya yang tabah dan terhormat’. TV Al-Manar Hizbullah mula menyiarkan ayat-ayat Al-Quran selepas pengumuman kematian Nasrallah. Terdahulu, jurucakap tentera rejim zionis itu, Avichay Adraee melalui laman X mendakwa telah membunuh Hassan Nasrallah di Lubnan pada Sabtu. Avichay dalam kenyataan tersebut berkata tentera Israel “telah menyingkirkan” pemimpin Hizbullah berusia 64…

Read More

Dewan Selera MRSM Trendak ditutup

MELAKA 28 Sept. – Dewan Selera dan kafeteria Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak diarah tutup 14 hari mulai semalam susulan penemuan najis tikus pada lantai premis terbabit dan peti sejuk yang tidak mengikut piawaian ditetapkan. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan arahan itu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Makanan 1983. Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, berkata tindakan itu bagi membolehkan langkah pembersihan serta pembetulan diambil, selain kedua-dua premis masing-masing dikenakan kompaun RM1,000. “Pihak koperasi juga diberikan arahan menghentikan dahulu…

Read More

GISBH: 4 isteri, 3 anak direman 7 hari

SHAH ALAM 28 Sept. – Empat isteri dan tiga anak seorang Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings (GISBH) direman tujuh hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian dan pemerdagangan kanak-kanak. Perintah reman itu dibenarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini. Peguam, Rosli Kamaruddin, berkata individu itu terdiri daripada enam wanita termasuk warga asing dan seorang lelaki berusia 18 hingga 55 tahun itu sebelum ini ditahan sepasukan anggota polis di sekitar Rawang malam tadi. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak…

Read More

Jumpa najis tikus, 3 premis makanan diarah tutup

TANJONG 28 Sept. – Tiga premis makanan di bandar raya Georgetown di sini diberi notis penutupan 14 hari berkuatkuasa 26 September lalu susulan penemuan najis tikus di lantai dapur dan keadaan kebersihan tidak memuaskan. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan memberitahu, melalui Operasi Bersepadu itu, pasukan penguatkuasaan juga mendapati kesemua premis itu juga gagal menyediakan kawalan makhluk perosak secara berjadual. Menurut kenyataan itu, operasi menerusi Jabatan Pelesenan MBPP dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang (JIMPP) turut memberi perhatian kepada warga asing yang bekerja di premis makanan tersebut.…

Read More

Delegasi keluar dewan bantah Netanyahu

NEW YORK – Delegasi Malaysia antara kumpulan yang meninggalkan dewan sebelum Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyampaikan perbahasan umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNGA ke-79. Menteri Luar Mohamad Hasan berkata, pada sesi itu, kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), turut melakukan tindakan sama. “Seperti yang kita dapat lihat, apabila Netanyahu masuk ke dewan hendak memulakan ucapan, semua bangun keluar. Kita juga, (delegasi) Malaysia, keluar semuanya. “Negara-negara yang menyokong keputusan ataupun advisory opinion…

Read More

Jambatan kabel runtuh disebabkan struktur

BAYAN BARU 28 Sept. – Jambatan Kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Projek 275kV, Bayan Lepas, yang runtuh pada awal pagi 26 September lalu adalah disebabkan struktur binaan tidak dapat menampung berat kabel 275kV. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata kejadian berlaku di jambatan kabel nombor satu di kawasan syarikat Motorola, sebahagian daripada projek yang menghala ke syarikat Intel. Bagaimanapun, katanya, TNB telah mengambil tindakan segera dengan menarik keluar kabel, membuka semula pepasangan kabel dan menambah cerucuk (piling) di tengah untuk menambahkan kekuatan jambatan itu. “Pihak…

Read More

Kemiskinan melampau di Gaza

NEW YORK – Bank Dunia melaporkan ekonomi Gaza telah runtuh dan penduduknya sedang menghadapi kemiskinan melampau serta kebuluran di tengah-tengah serangan Israel ke atas rakyat Palestin. Menurut laporan itu, hampir 100 peratus penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan manakala pengeboman dan sekatan Israel yang berterusan telah menyebabkan hampir dua juta orang berada di ambang kebuluran. Sebanyak 15 peratus daripada penduduk Gaza, atau 350,000 individu, tidak mempunyai akses kepada makanan. Selain itu, satu pertiga daripada penduduk berada dalam keadaan kecemasan, mengalami kekurangan makanan yang serius dan kadar kematian yang lebih tinggi. Ringkasan…

Read More

Delegasi Turkiye protes Netanyahu

NEW YORK – Delegasi Turkiye dan ramai yang lain meninggalkan sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-79 pada sebagai protes menjelang ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Menurut laporan media,  delegasi yang diketuai oleh wakil tetap Turkiye ke PBB, Duta Ahmet Yildiz, meninggalkan dewan sebelum Netanyahu memulakan ucapannya. Banyak delegasi lain dilihat mengikuti protes delegasi Turkiye dan turut keluar dari dewan. Sebelum ini timbul kritikan mengenai keputusan membenarkan Netanyahu berucap di PBB, memandangkan Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan sedang berusaha mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan…

Read More