Month: September 2024
Sanusi mohon tarik balik pertuduhan menghasut
SHAH ALAM 27 Sept. – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon kepada Mahkamah Tinggi di sini untuk menarik balik pertuduhan menyebut perkataan menghasut yang menyentuh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu ceramah politik. Menerusi peguamnya, Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan perkembangan terbabit ketika pengurusan kes status di hadapan Hakim Aslam Zainuddin hari ini. Awang Armadaya berkata, beliau menerima arahan daripada anak guamnya supaya pertuduhan berkait Sultan Selangor ditarik balik sebaik menerima pengampunan daripada baginda. “Seperti diketahui umum, anak guam (Muhammad Sanusi) saya ada menulis kepada Duli…
Read MoreSanusi akan patuh titah nasihat Sultan Selangor
SEPANG 27 Sept. – Muhammad Sanusi Md Nor merakamkan ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima permohonan ampun sebagaimana yang dititahkan baginda, semalam. Dalam kenyataannya hari ini, Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor. “Mudah-mudahan sifat pengampun dan kebaikan hati yang ada pada DYMM Tuanku Sultan akan membawa lebih banyak kebaikan serta menambahkan lagi daulat dalam pemerintahan DYMM Tuanku serta menjadikan Negeri Selangor Darul Ehsan negeri yang…
Read More61,397 layak mengundi di PRK Mahkota esok
KLUANG 27 Sept. – Sebanyak 61,397 pengundi layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota esok yang melibatkan 20 pusat dan 109 saluran yang akan dibuka serentak pada 8 pagi hingga 6 petang. Kempen 14 hari berakhir tengah malam ini sebelum pengundi memilih sama ada calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah, 40, atau wakil Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, 61. Kedua-dua calon ini juga layak mengundi di mana Syed Hussien akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana manakala Mohamad Haizan di…
Read MoreWarga emas kerugian RM291,200
KUALA TERENGGANU 27 Sept. – Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun kerugian RM291,200 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian. Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa telah berkomunikasi dengan rakannya yang hanya dikenali di laman sosial Facebook pada 22 Ogos lepas. Mangsa yang juga seorang peniaga dari Kuala Terengganu ditawarkan membuat kerja sambilan dengan menjual barangan secara dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus. “Pengadu perlu mengeluarkan modal bagi barangan yang hendak dijual terlebih dahulu. Suspek berjanji mangsa akan diberikan semula…
Read MoreMalaysia gesa NAM bersatu sokong Palestin
NEW YORK – Negara-negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) digesa bersatu dalam menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib sendiri, selari dengan nilai teras gerakan itu iaitu kemerdekaan, kenegaraan dan kedaulatan. Menteri Luar, Mohamad Hasan, ketika menegaskan kepentingan menyokong Palestin itu juga menggesa negara-negara NAM untuk menyokong sepenuhnya pelaksanaan Resolusi ES-10/24. Dalam ucapannya pada Mesyuarat Jawatankuasa Menteri NAM mengenai Palestin, pada Khamis, beliau berkata, adalah penting bagi anggota NAM memberi sokongan dan solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin. “Ini selaras dengan asas dan prinsip Pergerakan kita mengenai hak untuk…
Read MoreBerita pilihan….
Sejuta penduduk Gaza perlu perlindungan
GENEVA – Sejuta penduduk di Gaza memerlukan tempat perlindungan dengan segera sebelum tiba musim sejuk, demikian menurut Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak perumahan, Balakrishnan Rajagopal. Dalam hantaran melalui X, beliau berkata sejuta orang di Gaza memerlukan bekalan tempat perlindungan yang mendesak sebelum musim sejuk. Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menggesa gencatan senjata dilaksanakan dengan segera. Serangan Israel menyebabkan hampir keseluruhan penduduk di wilayah itu kehilangan tempat tinggal, tatkala sekatan berterusan menyebabkan kekurangan teruk bekalan makanan,…
Read MoreIsrael tidak peduli resolusi UNSC
GAZA – Sekurang-kurangnya 39 lagi warga Palestin terbunuh dalam serangan tanpa henti oleh Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak 7 Oktober 2023 mencecah 41,534 orang. Menurut laporan media yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan di wilayah bergolak itu semalam , seramai 96,092 orang lagi cedera dalam serangan yang masih berterusan. Tentera Israel membunuh 39 orang dan mencederakan 86 yang lain dalam empat pembunuhan beramai-ramai keluarga dalam tempoh 24 jam yang lalu dan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan…
Read More