SEPANG 29 Sept. – Pemuda Barisan Nasional (BN) menyifatkan kenyataan Pemuda Amanah yang menuntut perkongsian kuasa melalui penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor umpama lebih lajak dari laju. Setiausahanya Hafiz Ariffin berkata, tidak sampai 24 jam, selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, terus ada tuntutan berkenaan perkongsian kuasa. “Sewaktu kita bantu Amanah di Pulai dan Simpang Jeram, seluruh keluarga BN hadir dan buat sehabis baik, sehingga menang. Tiada apa-apa tuntutan pun dibuat selepas memenangkan Amanah. Jangan nanti orang lihat dan merasakan ada sifat “gelojoh” dalam hasrat…
Read MoreMonth: September 2024
Anthony Loke kekal terajui Negeri Sembilan
SEREMBAN 29 Sept. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kekal menerajui kepemimpinan DAP Negeri Sembilan selepas ahli jawatankuasa baharu sebulat suara memilih beliau sebagai Pengerusi bagi penggal 2024-2027. Beliau yang memegang jawatan itu sejak 2004 dipilih dalam kalangan 15 ahli jawatankuasa berkenaan pada pemilihan Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan sempena Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-20 hari ini. Selain Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, jawatan Timbalan Pengerusi turut kekal disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaren. Sementara dua jawatan Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan masing-masing disandang Exco…
Read MorePN, Bersatu akan bangkit semula – Muhyiddin
SEPANG 29 Sept. – – Perikatan Nasional (PN) menghormati pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam selaras dengan semangat demokrasi, kata Pengerusinya Muhyiddin Yassin. Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi calon PN, Presiden Bersatu itu percaya, kekalahan PN tidak akan mematahkan semangat untuk terus berjuang. “Kita mesti menerima isyarat pengundi DUN Mahkota dengan berlapang dada dan mengambil langkah segera untuk memperbaiki prestasi parti. InsyaAllah, PN dan Bersatu khususnya akan bangkit semula dengan semangat yang lebih jitu untuk mencipta kemenangan di…
Read MoreTepung bungkus di Kedai Kopi Sudin
JIKA minggu lalu Selak bawa menyorok di ‘Warung Kopi Kampung’ minggu ini kita singgah pula di Kedai Kopi Sudin. Tetapi kedai ini tutup setiap Ahad. Kalau nak cuba menyorok di sini bolehlah jenguk hari Isnin hingga Sabtu. Terletak di Radius Business Park, kedai kopi ini menjadi salah satu port untuk menyorok jika bertandang ke Cyberjaya. Konsep kedai ini seperti ‘food court’ dengan sistem layan diri. Pesan dan bayar, tunggu di meja. Memasuki kedai ini, akan kelihatan ‘gerai’ yang tertulis tulisan rumi dan jawi. Sejuk mata memandang tulisan jawi yang masih…
Read MoreSemak daftar pemilih bagi Ogos
PUTRAJAYA 29 Sept. – Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat sehingga 22 Oktober depan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak. Beliau berkata DPT BLN8/2024 yang diperaku dan diwartakan itu mengandungi 41,498 pemilih baharu iaitu warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos 2024 yang didaftarkan secara automatik. Jumlah pemilih baharu itu menunjukkan peningkatan berbanding dalam tempoh 1 Julai hingga 31 Julai 2024 yang merekodkan 38,952 pemilih baharu. Mengikut rekod, pemilih baharu yang didaftar secara automatik pada bulan…
Read MoreBerita pilihan…
Malaysia kecam sikap bongkak, biadab Israel
NEW YORK – Malaysia mengecam keras tindakan Israel yang disifatkan sebagai tidak peduli terhadap pandangan atau keputusan masyarakat antarabangsa susulan pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menyatakan kekesalan mendalam terhadap tindakan Israel itu yang disifatkan amat biadab dan bongkak serta tidak menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Israel kini menjadi sebuah negara yang amat biadab, bongkak, dan tidak peduli kepada saranan, pandangan atau keputusan yang dibuat oleh PBB. Mereka sudah melampaui batas. Kita perlu mengambil tindakan drastik untuk mengekang kebiadaban mereka,” kata Mohamad selepas…
Read MoreIraq berkabung tiga hari
BAGHDAD – Iraq mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh negara selama tiga hari sebagai penghormatan kepada Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Beirut. Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al Sudani mengarahkan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya. “Ini sebagai penghormatan kepada pemergian Setiausaha Agung Hizbullah Hassan Nasrallah dan rakan-rakannya, selepas serangan keji Zionis,” kata pejabatnya dalam kenyataan itu. Hizbullah secara rasmi mengesahkan kematian Nasrallah selepas Angkatan Pertahanan Israel (IDF) berkata Nasrallah telah ‘dihapuskan’ dalam serangan udara Israel ke atas Beirut pada Jumaat. Israel memulakan…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 29.09.2024
Calon BN menang majoriti besar PRK Mahkota
KLUANG 28 Sept. – Syed Hussien Syed Abdullah diisytiharkan sebagai wakil rakyat yang dipilih bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selepas calon Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 20,648 undi. Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memperoleh 27,995 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang memperoleh 7,347 undi. Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini selepas kiraan rasmi undian bagi 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran selesai. Kiraan turut membabitkan undi awal…
Read More