53.84 peratus keluar mengundi

KLUANG 28 Sept. – Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ialah 53.84 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun, berkata, jumlah itu adalah rendah berbanding sasaran lebih 60 peratus.

Dalam satu kenyataan, Ramlan turut memaklumkan bahawa keterangan lanjut mengenai keputusan PRK DUN Mahkota boleh diperoleh di https://dashboard.spr.gov.my.

PRK itu menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Mahkota melalui calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah, yang menang dengan majoriti besar 20,648 undi.

Pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar, memperoleh 7,347 undi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment